Ok Alhamdulillah jumpa lagi aku dengan korang kat sini. Sorry guys aku terpaksa hilang untuk beberapa harini sebab aku kena berperang untuk final exam aku, yang merupakan first exam aku kat sini cewahh.(kusut masai dah aku). Don't worry weih aku takkan lupa korang jyeahh!. Alright! disebabkan dah beberapa lama aku tak berborak dengan korang, aku nak bagi entri baru untuk korang khas yang sudi and masih setia baca entri aku yang tak seberapa nih. (thanks korang sambil bagi mini heart hahah). Entri baru aku kalini nak kongsi dengan korang tentang "Tembok Besar" yang ada dalam diri aku dari dulu and mungkin sampai sekarang. Serius aku bagitau korang, selepas korang baca entri ni aku sure mesti "Tembok Besar" ni juga ada pada korang so sebab tu aku nak sangat-sangat and sangat....(huish nampak betul-betul nak tu!) korang tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam perkataan aku cuba nak kongsikan ni.
.
.
Entri yang aku buat kalini akan beritahu korang kelemahan sebenar yang ada pada budak bawang ni yang tak semua orang rapat disekeliling aku tahu or sesetengah orang maybe akan tahu walaupun aku tak pernah share dengan diorang (maybe, yes maybe la!). Ok bawang, you can start now! apa yang kau nak bagitahu sekarang.
.
.
Alright, sebenarnya aku ni seorang yang susah nak dekatkan diri aku ni dengan orang sekeliling aku. Yes! mungkin dalam first fikiran korang ni mesti korang akan terfikir or cakap ishh! belagak juga sebenarnya budak ni rupanya! ouhh ok patutlaa budak ni taknak cakap siapa sebenarnya dia ni sampai gelar diri sendiri sebagai budak bawang laa itu, ini laa hishh! (maybe la korang fikir macam tu). But its okay, aku tak salahkan korang walau sikit pun. No! no! dont worry sebab itu hak kau, korang everyone la nak fikir apa kan. Sorry korang (serius ini yang terkeluar dari mulut aku untuk korang). Actually itula sebenarnya kelemahan aku yang aku sendiri taknak ada dalam diri aku. The point sebabnya aku jadi macam ni adalah sifat keberanian aku sendiri yang boleh nak dikatakan 30% la ada dalam diri aku ni (haha..boleh nak dikatakan teruk sangat tu kan).
.
.
Yes! memang aku tahu itu kelemahan aku, itu musuh sebenar dalam diri aku! Tapi..itula yang always ikut aku macam bayang weih dimana saja aku pergi kelemahan aku akan ada dengan aku.
.
.
Kalau korang nak tahu, keberanian dalam diri aku sebenarnya sangat and sangat kritikal serius guys (teruk sangat tu). Kenapa kau boleh jadi macam ni bawang?..ok the reason kenapa boleh jadi macam ni disebabkan aku jenis budak yang takut dengan pandangan orang di sekeliling aku. Yes! Itu punca tembok besar ni boleh muncul dalam diri aku. Apa orang pandang, apa orang cakap itu yang aku set dalam otak aku, diri aku sampai aku sendiri yang menjadi punca muncul tembok besar ni dalam diri aku ni. So, nampak tak kat sini, aku sendiri yang bersalah dalam hal ini yang buat diri aku jadi macam ni.
.
.
Disebabkan kelemahan aku ni, aku banyak hilang peluang aku, hilang kepercayaan orang terhadap aku and sometimes aku rasa aku ni pengecut kah?. Banyak persoalan dalam fikiran aku and banyak sebenarnya aku nak tanya, cakap, berkongsi dengan everyone but itula disebabkan "tembok besar" dalam diri aku ni lah yang menjadi penghalang aku melangkah dalam dunia sebenar. Dunia sebenar yang aku mahu tahu banyak perkara..and dunia yang aku mahu beritahu apa yang aku tahu kepada masyarakat sekarang iaitu "korang".. yes.! Korang yang dah aku anggap sebahagian daripada kisah aku ni (thanks korang). And then Alhamdulillah "tembok besar" aku ni, aku dah pelahan-lahan robohkan and hapuskan dalam hidup aku sebabnya itulah misi and visi aku dari dulu hingga sekarang (tapi sekarang misi and visi aku tu betul-betul aku cuba lakukan! Bukan hanya cakap kosong macam dulu dah ok, aduhh zaman bila tuu!). So dikira azam ka ni bawang? its okay teruskan bawang! Teruskan!
"In Shaa Allah, Allah akan bantu kau, kawan2 kau yang baca entri kau ni pun confirm diorang doakan kau di atas penyakit bahaya kau ni bawang"
.
.
So, Kepada korang yang ada "tembok besar" seperti aku, aku just nak explain, just kita yang boleh robohkan tembok ni bermula dengan keberanian kita. Usahalah robohkan tembok itu supaya kita dapat tahu kelebihan yang ada dalam diri kita, sebabnya hanya aku, kau, korang yang tahu diri kita sendiri alright!.
✏@budakbawang
Begitu hinakah "tembok besar" dalam diri aku ni?
No comments:
Post a Comment