Wednesday, 10 January 2018

Bukan Bajet Alim..Tapi "Amanah!"

Assalammuailaikum sekali lagi guys. Sorry korang muncul lagi aku dalam ni (menyemak pula kan) Korang macam mana hari-hari korang? Ok? (maksud aku ok tu like...)

     yes! Aku dapat harungi hari aku dengan baik harini walaupun pelbagai cabaran aku terpaksa hadap. (congrats beb untuk korang👍)
.
.
Kalau tak ok, try the best! cari jalan or buat sesuatu yang boleh buat korang rasa ok and then sekaligus buat korang rasa,

  Alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah dengan apa yang Kau kurniakan pada aku hari ini tak kisah la ok or tak hari aku, mybe bukan harini aku benasib baik macam orang lain but besok...besok and the next day ada lagi don't worry! (don't give up! Untuk korang yang ini pulak, support from aku always ada utk korang!💪). Alright dah naik semangat korang dah? Kalau sudah, aku nak buat coretan baru ni untuk korang? Boleh?
.
.
Okay harini aku nak buat satu entri pasal point aku "Bukan Bajet Alim..Tapi Amanah!". Huissh apa pulak tu kan. Ok entri ni aku nak start and kongsikan time aku jejak kaki aku kat destinasi dimana aku ada sekarang ni sebagai perantau yang terpaksa korbankan apa sahaja demi menuntut ilmu tinggalkan family, rumah (katil, selimut, bantal kesayangan! Fuhhh berat tu bagi aku laa) member-member yang perangai hura hara ja memanjang (memberhood haha sorry weih main ikut suka ja cakap aduhh). Hmm banyak laa kalau nak senaraikan, aku boleh buat entri baru khas untuk apa yang aku tinggalkan kat sana.
.
.
When I be here, aku diberi peluang bertemu dan mengenali pejuang-pejuang dimana diorang juga mengalami perasaan berat seperti aku untuk tinggalkan apa yang diorang ada bagi menjejakkan kaki di tempat orang sementara waktu demi status "penuntut ilmu". Start time ni, aku mula berfikir balik, "dearself, see not just you". Lihat la mereka. Mereka seperti kau. 
.
.
But.....entah laa macam yang aku cakap kat korang sebelum ni kan yang aku nih suka perhatikan apa yang menarik perhatian aku yang tiba-tiba membuat banyak persoalan muncul dalam otak aku. Termasuklah masyarakat di sekeliling aku (status student seperti aku) yang menjadi persoalan kepada aku apabila melihat cara life diorang. Pelbagai weih bawang! don't shocked laa kenapa dan apa yang Allah tunjukkan di hadapan mata kau. Kau kena ingat baik or buruk ada hikmah untuk kau sebagai pengajaran dan contoh untuk kau alright!.                                                        
Terus perhatikan and mula berfikir.. fikir.. and fikir sehinggalah tiba-tiba aku "ter"remind pesanan (pakar motivate aku a.k.a my mom
  
      "Bawang..(haa  guys...ni nama aku yang aku gelarkan untuk diri aku kat sini tau bukannya my mom panggil aku bawang hahah nanti salah faham teruk pulak) walau serantau dunia sekalipun, berapa lama pun kamu pergi..kamu perlu ingat 2 perkara ni and simpan betul-betul dalam diri dan  kehidupan kamu."
.
.
First..kau kena ingat sebab apa kau dicipta oleh Allah di bumi ni? So kalau kau tahu apa sebabnya,  kau akan betul-betul  pegang pada pengangan and janji kau yang pertama ni (jadikan otak kau tu sebagai memori kad juga bawang jangan ingat telefon bimbit kau ja yang ada memori kad). Ok sebenarnya dijadinya aku, kau, korang everyone laa adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya berbalik kepada yang korang perlu tahu,

Firman Allah :  
Dan aku tidak  menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” ( 51 : 56)
.
.
And then yang second weyh..
   
     "Bawang, kamu perlu tahu, dimana sahaja kamu pergi kamu jangan fikir kamu just bawa identiti kamu ja faham?" (Aik maksudnya?)
.
.
Ok ni maksud aku sebenarnya....its the meaning dimana aku pergi utara, timur, selatan, barat everywhere laa nak katakan ni aku bawa dua identiti sebenarnya. Straight to the point laa, aku not just bawa maruah aku sahaja but aku juga bawa maruah kedua orang tua aku bersama aku weih. (sebab apa kau cakap mcm tu bawang?) Disebabkan peringatan buat aku supaya aku tahu sekiranya perkara baik aku buat, ia akan bagi effect kat mak ayah aku so sebaliknya juga. Apa yang aku buat first aku kena fikir maruah diorang sebagai status "anak" untuk diorang. 
                                                                         ‎
Itulah pesanan pakar motivasi setia aku (thanks a lot my heroin)
.
.
Alright daripada point di atas tu yang aku kongsikan dengan korang guys berbalik kepada maksud yang aku cuba katakan tentang "Bukan Bajet Alim.."Tapi Amanah!'' Ya itulaa maksud aku sebenarnya. Bukan status alim yang aku pegang dalam diri aku selama ini but "Amanah" yang dipertanggungjawabkan untuk aku. Amanah dari siapa? Amanah untuk aku dari Pencipta aku and Amanah aku dari orang tua aku.
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi korang guys, betulkah prinsip yang aku pegang ni? Adakah ia membebankan kalau korang berada di tempat aku?

No comments:

Post a Comment

Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...