Tuesday, 16 January 2018

Tembok Besar!


Ok Alhamdulillah jumpa lagi aku dengan korang kat sini. Sorry guys aku terpaksa hilang untuk beberapa harini sebab aku kena berperang untuk final exam aku, yang merupakan first exam aku kat sini cewahh.(kusut masai dah aku). Don't worry weih aku takkan lupa korang jyeahh!. Alright! disebabkan dah beberapa lama aku tak berborak dengan korang, aku nak bagi entri baru untuk korang khas yang sudi and masih setia baca entri aku  yang tak seberapa nih. (thanks korang sambil bagi mini heart  hahah). Entri baru aku kalini nak kongsi dengan korang tentang "Tembok Besar" yang ada dalam diri aku dari dulu and mungkin sampai sekarang. Serius aku bagitau korang, selepas korang baca entri ni aku sure mesti "Tembok Besar" ni juga ada pada korang so sebab tu aku nak sangat-sangat and sangat....(huish nampak betul-betul nak tu!) korang tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam perkataan aku cuba nak kongsikan ni. 
.
.
Entri yang aku buat kalini akan beritahu korang kelemahan sebenar yang ada pada budak bawang ni yang tak semua orang rapat disekeliling aku tahu or sesetengah orang maybe akan tahu walaupun aku tak pernah share dengan diorang (maybe, yes maybe la!). Ok bawang, you can start now! apa yang kau nak bagitahu sekarang.
.
.                      
Alright, sebenarnya aku ni seorang yang susah nak dekatkan diri aku ni dengan orang sekeliling aku. Yes! mungkin dalam first fikiran korang ni mesti korang akan terfikir or cakap ishh! belagak juga sebenarnya budak ni rupanya! ouhh ok patutlaa budak ni taknak cakap siapa sebenarnya dia ni sampai gelar diri sendiri sebagai budak bawang laa itu, ini laa hishh! (maybe la korang fikir macam tu). But its okay, aku tak salahkan korang walau sikit pun. No! no! dont worry sebab itu hak kau, korang everyone la nak fikir apa kan. Sorry korang (serius ini yang terkeluar dari mulut aku untuk korang). Actually itula sebenarnya kelemahan aku yang aku sendiri taknak ada dalam diri aku. The point sebabnya aku jadi macam ni adalah sifat keberanian aku sendiri yang boleh nak dikatakan 30% la ada dalam diri aku ni (haha..boleh nak dikatakan teruk sangat tu kan). 
.
.
Yes! memang aku tahu itu kelemahan aku, itu musuh sebenar dalam diri aku! Tapi..itula yang always ikut aku macam bayang weih dimana saja aku pergi kelemahan aku akan ada dengan aku.
.
.
Kalau korang nak tahu, keberanian dalam diri aku sebenarnya sangat and sangat kritikal serius guys (teruk sangat tu). Kenapa kau boleh jadi macam ni bawang?..ok the reason kenapa boleh jadi macam ni disebabkan aku jenis budak yang takut dengan pandangan orang di sekeliling aku. Yes! Itu punca tembok besar ni boleh muncul dalam diri aku. Apa orang pandang, apa orang cakap itu yang aku set dalam otak aku, diri aku sampai aku sendiri yang menjadi punca muncul tembok besar ni dalam diri aku ni. So, nampak tak kat sini, aku sendiri yang bersalah dalam hal ini yang buat diri aku jadi macam ni. 
.
.
Disebabkan kelemahan aku ni, aku banyak hilang peluang aku, hilang kepercayaan orang terhadap aku and sometimes aku rasa aku ni pengecut kah?. Banyak persoalan dalam fikiran aku and banyak sebenarnya aku nak tanya, cakap, berkongsi dengan everyone but itula disebabkan "tembok besar" dalam diri aku ni lah yang menjadi penghalang aku melangkah dalam dunia sebenar. Dunia sebenar yang aku mahu tahu banyak perkara..and dunia yang aku mahu beritahu apa yang aku tahu kepada masyarakat sekarang iaitu "korang".. yes.! Korang yang dah aku anggap sebahagian daripada kisah aku ni (thanks korang). And then Alhamdulillah "tembok besar" aku ni, aku dah pelahan-lahan robohkan and hapuskan dalam hidup aku sebabnya itulah misi and visi aku dari dulu hingga sekarang (tapi sekarang misi and visi aku tu betul-betul aku cuba lakukan! Bukan hanya cakap kosong macam dulu dah ok, aduhh zaman bila tuu!). So dikira azam ka ni bawang? its okay teruskan bawang! Teruskan!
    
     "In Shaa Allah, Allah akan bantu kau, kawan2 kau yang baca entri kau ni pun confirm diorang doakan kau di atas penyakit bahaya kau ni bawang"
.
.
So, Kepada korang yang ada "tembok besar" seperti aku, aku just nak explain, just kita yang boleh robohkan tembok ni bermula dengan keberanian kita. Usahalah robohkan tembok itu supaya kita dapat tahu kelebihan yang ada dalam diri kita, sebabnya hanya aku, kau, korang yang tahu diri kita sendiri alright!. 

✏@budakbawang

Begitu hinakah "tembok besar" dalam diri aku ni?
                                             

Wednesday, 10 January 2018

Bukan Bajet Alim..Tapi "Amanah!"

Assalammuailaikum sekali lagi guys. Sorry korang muncul lagi aku dalam ni (menyemak pula kan) Korang macam mana hari-hari korang? Ok? (maksud aku ok tu like...)

     yes! Aku dapat harungi hari aku dengan baik harini walaupun pelbagai cabaran aku terpaksa hadap. (congrats beb untuk korang👍)
.
.
Kalau tak ok, try the best! cari jalan or buat sesuatu yang boleh buat korang rasa ok and then sekaligus buat korang rasa,

  Alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah dengan apa yang Kau kurniakan pada aku hari ini tak kisah la ok or tak hari aku, mybe bukan harini aku benasib baik macam orang lain but besok...besok and the next day ada lagi don't worry! (don't give up! Untuk korang yang ini pulak, support from aku always ada utk korang!💪). Alright dah naik semangat korang dah? Kalau sudah, aku nak buat coretan baru ni untuk korang? Boleh?
.
.
Okay harini aku nak buat satu entri pasal point aku "Bukan Bajet Alim..Tapi Amanah!". Huissh apa pulak tu kan. Ok entri ni aku nak start and kongsikan time aku jejak kaki aku kat destinasi dimana aku ada sekarang ni sebagai perantau yang terpaksa korbankan apa sahaja demi menuntut ilmu tinggalkan family, rumah (katil, selimut, bantal kesayangan! Fuhhh berat tu bagi aku laa) member-member yang perangai hura hara ja memanjang (memberhood haha sorry weih main ikut suka ja cakap aduhh). Hmm banyak laa kalau nak senaraikan, aku boleh buat entri baru khas untuk apa yang aku tinggalkan kat sana.
.
.
When I be here, aku diberi peluang bertemu dan mengenali pejuang-pejuang dimana diorang juga mengalami perasaan berat seperti aku untuk tinggalkan apa yang diorang ada bagi menjejakkan kaki di tempat orang sementara waktu demi status "penuntut ilmu". Start time ni, aku mula berfikir balik, "dearself, see not just you". Lihat la mereka. Mereka seperti kau. 
.
.
But.....entah laa macam yang aku cakap kat korang sebelum ni kan yang aku nih suka perhatikan apa yang menarik perhatian aku yang tiba-tiba membuat banyak persoalan muncul dalam otak aku. Termasuklah masyarakat di sekeliling aku (status student seperti aku) yang menjadi persoalan kepada aku apabila melihat cara life diorang. Pelbagai weih bawang! don't shocked laa kenapa dan apa yang Allah tunjukkan di hadapan mata kau. Kau kena ingat baik or buruk ada hikmah untuk kau sebagai pengajaran dan contoh untuk kau alright!.                                                        
Terus perhatikan and mula berfikir.. fikir.. and fikir sehinggalah tiba-tiba aku "ter"remind pesanan (pakar motivate aku a.k.a my mom
  
      "Bawang..(haa  guys...ni nama aku yang aku gelarkan untuk diri aku kat sini tau bukannya my mom panggil aku bawang hahah nanti salah faham teruk pulak) walau serantau dunia sekalipun, berapa lama pun kamu pergi..kamu perlu ingat 2 perkara ni and simpan betul-betul dalam diri dan  kehidupan kamu."
.
.
First..kau kena ingat sebab apa kau dicipta oleh Allah di bumi ni? So kalau kau tahu apa sebabnya,  kau akan betul-betul  pegang pada pengangan and janji kau yang pertama ni (jadikan otak kau tu sebagai memori kad juga bawang jangan ingat telefon bimbit kau ja yang ada memori kad). Ok sebenarnya dijadinya aku, kau, korang everyone laa adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya berbalik kepada yang korang perlu tahu,

Firman Allah :  
Dan aku tidak  menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” ( 51 : 56)
.
.
And then yang second weyh..
   
     "Bawang, kamu perlu tahu, dimana sahaja kamu pergi kamu jangan fikir kamu just bawa identiti kamu ja faham?" (Aik maksudnya?)
.
.
Ok ni maksud aku sebenarnya....its the meaning dimana aku pergi utara, timur, selatan, barat everywhere laa nak katakan ni aku bawa dua identiti sebenarnya. Straight to the point laa, aku not just bawa maruah aku sahaja but aku juga bawa maruah kedua orang tua aku bersama aku weih. (sebab apa kau cakap mcm tu bawang?) Disebabkan peringatan buat aku supaya aku tahu sekiranya perkara baik aku buat, ia akan bagi effect kat mak ayah aku so sebaliknya juga. Apa yang aku buat first aku kena fikir maruah diorang sebagai status "anak" untuk diorang. 
                                                                         ‎
Itulah pesanan pakar motivasi setia aku (thanks a lot my heroin)
.
.
Alright daripada point di atas tu yang aku kongsikan dengan korang guys berbalik kepada maksud yang aku cuba katakan tentang "Bukan Bajet Alim.."Tapi Amanah!'' Ya itulaa maksud aku sebenarnya. Bukan status alim yang aku pegang dalam diri aku selama ini but "Amanah" yang dipertanggungjawabkan untuk aku. Amanah dari siapa? Amanah untuk aku dari Pencipta aku and Amanah aku dari orang tua aku.
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi korang guys, betulkah prinsip yang aku pegang ni? Adakah ia membebankan kalau korang berada di tempat aku?

Saturday, 6 January 2018

Berubah Kerana Dia atau Si dia?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ...
Ok.. Firstly Alhamdulillah sangat Allah masih bagi peluang bernyawa lagi kat dunia Allah yang cantik, indah ni untuk hamba Dia seorang ni yang banyak sangat lupa pada Dia. Bila susah kau bukan main cari Dia nangis-nangis (nangis mcm tengah kupas bawang) tersedu2 kau, bila kau senang sikit mula laa lupa habis Dia (ok dh mula nak touching nih). Yalaa banyak sangat jalan kau (diri sendiri) ikut tapi cuba balik kau fikir, betul ka jalan-jalan yang kau ikut selama nih (bermonolog dalaman!). Persoalan demi persoalan bermain dalam otak kau masa tu (termenung) mencari jawapan untuk tanda tanya kau selama ni, jalan keluar untuk kau keluar dari jalan yang selama ni kau harungi.   

      Weih "Bawang" (to dear self) kau kena sedar and bersyukur weih. Allah rindu kau tuh, yaka sebab? 

Ok sebabnya, dalam kau sibuk mengejar hal and kesenangan dunia, tapi Allah masih gerakkan hati kau untuk balik ingatkan Dia. Dalam kau keseorangan mencari jalan keluar, Dia sahaja yang bantu kau. Jadi Alhamdulillah first step aku untuk keluar dari jalan kekosongan dalam hidup aku selama ni success weih!.
.
.
Ok persoalannya kenapa dalam success first step aku tu tiba-tiba aku tertanya "berubah kerana Dia atau si dia"? Fuhhh haa ni lah sebabnya dalam perubahan aku tu kadang-kadang aku malu dengan orang sekeliling aku (si dia tu bukan bermaksud gf or bf sahaja ok guys) yelaa tiba-tiba dalam kau berubah orang pandang kau ehh bajet alim arh dia ni! Paling teruk pun aku kena munafik arh sebenarnya dia nih (berkaca mata). So kadang-kadang aku rasa down teruk tu tak perlu nak katalah sampai nak menyerah pun ada. 
.
.
And..... Apa yang paling penting tiba-tiba kau sendiri yang tergerak hati kau (nasib ada akal lagi kau ya bawang) kau nih sebenarnya berubah kerana Allah ka atau diorang tu? Ehh boleh pula kau cepat mengalah nak berubah balik ke jalan kau dulu disebabkan diorang. 

     Aduhh come on laa!. Gentle sikit hati kau tu!
.
.
So, jalan and keputusan aku buat ni tak salah kan guys?

✏@budakbawang

Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...