Thursday, 24 June 2021

Backspace





... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now.. adakah “aku bersalah”?

Bawang : Aku pernah cakap sebelum ni, Give up? Kadang-kadang, one step backwards bukan bermaksud kita kalah. Cuma kita perlu pandu ke arah yang lain untuk terus ke hadapan.

 

Assalammuailaikum korang..

Alhamdulillah harini aku dapat jumpa juga korang lagi kat sini setelah lama aku menghilang kejap (ahaha kejap? Hmm nih konfem sejenis manusia yang tak sedar diri banyak la kejap! ‘-_-) rilek-rilek. Firstly, aku minta maaf dah lama aku tak datang sini. Mesti korang rindu kan (macam biasa, aku akan acah-acah berlagak cool bila datang sini ahahah mohon bersabar la korang). Sejujurnya aku yang rindu korang serius aku tak tipu. Mesti la aku rindu korang, iya la bila aku ada kat sini and then aku tengok korang ada singgah sini kejap view my story at here, terus semangat diri aku. Okay cukup la tu touching sikit-sikit. Haa before I give you all my new story, aku harap korang sihat, baik-baik saja dan yang paling penting! Korang kuat on your journey okay? boleh? I know, korang yang ada kat sini semua kuat-kuat (maksud aku kuat mental, fizikal dalam menghadapi perjalanan hidup korang bukannya kuat makan, kuat angkat berat la or kuat tidur ka ahaha jangan la pulak salah faham alamak korang ni). Aku selalu doakan korang kat sini jadi doakan aku juga boleh?

Ha cuba korang tengok tajuk about this entries. Agak-agak apa yang aku nak sampaikan kat korang pasal entri aku kalini? (cer tekaa kalau betul aku kasi korang….takde takde joke ja guys. Dah lama aku tak perkena korang kan ahaha sorry sorry). Lagi satu, korang nak tahu, bertapa struggle nya aku berlawan dengan rintangan yang perhh cobaan betul boleh membawa maut pada diri aku semata-mata nak menjayakan this entries khas untuk korang (fuhhh…tipu ja ha merepek la hai mana ada jangan percaya). Just berlawan dengan kesempitan masa ja ha. That’s why I can’t be here everytime. This entries actually aku nak share dengan korang sebagai satu hadiah dari aku for your life and your journey. Jadi yang mana tengah struggle, this is for you. I’m coming here and I hope aku datang tepat pada waktunya.

Aku tahu kadang kau takkan kuat (special for everyone reading this). Aku tahu kadang sampai satu tahap kau akan rasa penat dengan perjalanan hidup kau. Tipu andai kau tak rasa the feeling that you feel you want to stop, give up for everything you do right now rights? Aku rasa apa yang kau, korang rasa. Aku juga alami apa yang kau, korang alami. Aku pernah berada di situasi yang kau dan korang berada. Aku pernah jatuh berkali-kali malah susah untuk aku kembali bangkit seperti sediakala. Malah aku pernah hilang diri aku, aku pernah hilang kepercayaan terhadap diri aku sendiri. See teruk tak guys aku? (it’s so disappointed right). I want to ask you guys one question. Yes just one. Pernah tak korang rasa satu tahap “kau hebat dalam berbicara, kau hebat dalam memberi kata-kata kepada mereka berjuanglah! bangkitlah! kau kuat, kau boleh, perjalanan hidup kau masih panjang, kau yang tentukan, kau yang buat pilihan dan so on”. But, bila kau ditakdirkan jatuh dalam situasi tersebut one day or tak perlu tunggu one day maybe kau dah rasa sekarang, kau jadi hilang kata-kata. Kau jadi hilang punca, kata-kata yang kau berikan kepada mereka jadi ‘tak valid” untuk diri kau. Have you ever felt that way?. Sejujurnya korang…I feel that.. yes I feel that… dan aku percaya kau dan korang semua also feel that right? Kalau korang nak tahu, si budak bawang ni yang korang rasa “boleh tahan dia ni sembang haha” sama macam korang. Aku seperti korang malah maybe aku lagi teruk dari korang? Aku pernah down dan hilang diri aku sampai aku tak dapat terima kata-kata positif dari orang sekeliling aku even from my lovely person (my parents, my best friends).

Korang nak tahu, time aku pernah berada di frasa yang membahayakan for myself  ni kan, aku pernah tell to myself  “it’s my fault if I feel like want to give up in mylife right now? Adakah aku dianggap pengecut andai aku berhenti lakukan apa yang aku lakukan sekarang ni?, aku ni hebat sangat ka yang sampai paksa diri aku ni untuk teruskan! Go on for what I do!, so kalau aku berhenti, gerenti orang fikir aku ni lemah sangat ala ala like cengeng betul la kau ni (yang tak faham maksud cengeng, sila tanya cik google)”. Yes semua yang aku kasi tahu korang ni, selalu bermain dalam otak aku everyday, everytime tambahan pula time diri aku dalam keadaan yang tenat (hahah tenat sangat sampai malu jadi diri sendiri haish nak jadi orang lain la). But…

I have something to tell you…if you think it’s your fault bila kau dan korang semua rasa that feeling, I want to say..it’s not your fault. Kau tak salah bila kau terfikir sometimes you want to give up on yourlife, your journey or for what you do right now. Bukan salah kau bila kau rasa kau dah penat, kau tak kuat dengan perjalanan hidup kau. Kau bukan lemah seandainya kau jatuhkan airmata kau pun because of this (takpa jangan risau tu tandanya airmata jantan tu hahah)

Sometimes, kau perlu tekan button “backspace” sebagai pilihan bukan tanda kau sudah tewas dalam perjalanan hidup kau. Aku, kau dan korang diberi pilihan. Kau yang pilih itu, jadi that’s mean kau kena siap sedia untuk harungi apa yang bakal terjadi pada diri kau. Cakap pasal “pilihan” ni, actually nak ja aku terangkan kat korang more about choice ni. Tapi itula, aku taknak otak korang beban baca this entries pula yela konfem jadi panjang cerita ni nanti kan hahah. It’s okay nanti aku cerita kat korang pasal “pilihan” ni next kita jumpa nanti okay? Okay sambung balik topik kita tadi…

So, kat sini aku nak cakap,

If  you think your life is hard, think again. See people around you, and back to yourself then learn to say everyone also have their hard journey. Allah has a greater plan for us. We don’t know what is this, but He surely has. What we can do that day, we just to decide going to fight our fear. This life is a test and trial are never supposed to be easy. Trials will make you a stronger and better person.

It’s okay if one day you choose the button “backspace” on yourlife because you feel scared, you want to cry, you feel sad and just because sometimes you feel want to give up for everything. But, say to yourself, everything is okay. Giving up should not be an option. Coax yourself to take the time to heal yourself. Embrace each and every breath that you’re taking. Celebrate your life. Live it. Don’t die before your death. Accept yourself the way you are. Be kind and love yourself. Because, just you know the weaknesses and your strength.

(Done aku merepek in english hahah) haa merepek, merepek juga, actually aku serius ni guys

And the last pesanan aku before aku say selamat tinggal lagi kat korang, bila korang pilih button “backspace” on your journey, aku harap perjalanan hidup korang takkan ber noktah begitu sahaja. Korang faham kan maksud aku kat sini? Korang pilihlah button “backspace” ini sebagai pilihan terakhir korang. And then jadikan button “backspace” ini sebagai langkah korang berehat dan kembali kuat dalam perjalanan hidup korang dengan diri kau yang baru, semangat yang baru, dan cara kau pandu jalan kau yang baru.

Jadi guys.. aku berhenti dulu kat sini ya. Actually, bagi aku ni adalah first part untuk entri aku yang ini sebab aku akan buat part kedua untuk korang yang berkait dengan part entri yang ini. Nanti aku akan buat sambungan kat korang erk. In Shaa Allah doakan aku siapkan khas untuk korang okay. Jumpa lagi ya korang and seperti biasa terima kasih daripada aku untuk korang yang singgah lepak sini dengan aku sangat-sangat buat aku terharu. Seriusly fuhh aku rasa lega gilerrrr beb bila dapat datang jumpa korang kat sini even sekejap. Nanti aku datang lagi. Aku janji alright.

.

.

✏️@budakbawang

.

.

So, macam biasa, bagi pendapat korang setelah baca this story, betulkah kau orang yang always bagi kata-kata positif, kau hebat berbicara beri kata-kata semangat kepada mereka dan kau ada bila diorang perlukan kau itu bermakna kau takkan pernah rasa down? Kau takkan rasa jatuh on your journey walaupun sekali?

Wednesday, 27 November 2019

Robot Dunia

                         


"Jam tangan bawang telah menunjuk pukul 11.30 malam"

(Tombol pintu dipulas. Dengan langkah yang lemah, bawang memasuki biliknya....)

Bawang  : Assalammuailaikum..
    Z          : Waalaikummusalam..haa dah balik
                  pun kau. Mana kau pergi bawang?
Bawang : Dari meeting beb asal hahah?
                 (jawab bawang dengan muka yang 
                  kepenatan)
    Z         : Perhh! meeting apa kau sampai lewat
                 malam?
Bawang : Ada la..(menuju ke meja belajar di
                 sebelah katilnya)
    Z         : Kau cuba tengok telefon kau sekarang.
                 Banyak kali aku mesej kau, call kau tak
                 dapat haishh (mengeleng kepalanya
                 tanda Z pening dengan sikap bawang 
                 yang tidak mempedulikan panggilannya
                seharian.
Bawang : Hahah laa..kau ada call aku ka? Sorry
                 la beb, aku busy betul harini. Aduh kau
                 ni pun satu, baru sehari kot tak jumpa
                 aku tak kan la dah rindu. (gurau 
                 bawang mengusik Z tanpa
                 mempedulikan kawannya itu yang 
                 sudah pening dengan sikapnya yang
                 selalu menghilangkan diri)          
    Z        : Banyaklah kau rindu...tak ada kerja
                aku nak rindu kau tiba-tiba. Dah, 
                dah! Kau ambil telefon kau tu cuba
                checkk kenapa aku cari kau. Aduh!
                malas aku nak layan kau 
               (sambil membaling bantalnya 
                ke arah bawang)
Bawang : Yalaa aduhh kau ni..
               (bawang melangkah ke arah mejanya
                 lalu  mengambil dan menghidupkan
                kembali   telefonnya....namun, alangkah
                terkejutnya bawang melihat apa yang
                tertera di skrin telefonnya) 

  "Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya........riak wajahnya telah berubah (bersambung)
.
.
Alright assalamuailaikum guys..
Firstly, Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku rasa segala nikmatNya harini. Alhamdulillah juga la aku masih muncul kat sini walaupun tenggelam timbul, tenggelam timbul ja kan aku datang (hahaha..it's okay aku sedar diri). Korang apa khabar ? Masih ingat aku? Rindu aku tak? (perhh yang ini acah betul kau bawang). Harini aku akan cerita sikit pasal tajuk pelik entri aku (macam biasa la) yang bertajuk "Robot Dunia". Jangan risau, kalini aku akan cuba pendekkan cerita aku untuk korang. Aku tak akan memeningkan kepala korang baca entri baru aku harini (hahaha nasib baik korang harini). Okay la guys jom berbalik kepada apa yang aku nak kongsikan dengan korang harini. "Apabendee wei tajuk kau tu! Pelik betul"??? Okay, nak faham apa benda yang aku nak kongsikan dengan korang kalini berdasarkan tajuk pelik ni, korang dah baca belum cerita yang aku sediakan kat korang? cerita yang aku sediakan kat korang tu la yang aku nak kaitkan dengan tajuk aku. Hmm.. "Robot Dunia" ini menceritakan tentang someone yang kadang-kadang terfikir, adakah diri dia ni sebenarnya ala-ala hidup macam robot? adakah dia dicipta hanya untuk bekerja atau berbakti untuk orang lain like robot la kan? mana ruang untuk diri dia? tak normal ka dia?
.
.
But siapakah dia yang dimaksudkan?
.
.
Ya..itu laa AKU. Aku yang kadang kala terjatuh dengan lubang fikiran aku sendiri. Tapi salahkah aku terfikir seperti ini? kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali? dan adakah aku membiarkan dan membenarkan fikiran aku berfikir sedemikian rupa? (korang rasa?). Persoalan demi persoalan bermain dalam minda aku. Aku bangkit untuk berlawan! berlawan dengan fikiran aku yang seandainya aku biarkan, aku akan kalah dengannya!
.
.
        Weh bawang! kau actually tak ada life ka? try kau tengok orang-orang dan member-member sekeliling kau. Enjoy ja hidup diorang haishh kau pula? asyik tak ada masa untuk diri kau! memanjang busy dengan kerja kau! terpaksa ke sana sini dengan program-program kau untuk orang! kau ni manusia or robot sebenarnya ni? tak fikir nak enjoy ka?
 .
.
Like you know, robot tu akan bekerja and buat everything untuk orang yang memerlukannya sehingga la sampai satu tahap robot tu akan berhenti bekerja dengan sendirinya if dia kehabisan bateri atau hayatnya. Itulah aku. Maybe, maybe la..aku pun akan jadi seperti sebuah robot yang akan behenti mengerjakan urusan dunia just dengan cara apabila Allah menghentikan nafas aku kat dunia ni. Jadi, mana life seperti yang aku bayangkan, impikan, yang aku nak kejar selama ni? mana?  Mana fun time aku sebagai seorang pemuda or remaja seperti orang-orang lain di sekeliling aku? aku ni pemuda yang tak normal ka?  
.
.
But..itu semua just sekejap ja weh. Sometime aku berfikiran negatif, positive thinking akan datang sedarkan aku. Okay..sepatutnya aku kena bersyukur la kan Allah masih menyedarkan aku and see! Allah mendengar dan mengetahui apa yang aku alami saat aku mengharungi hidup aku. So, apa yang menyedarkan aku, macam selalu, aku akan biarkan diri aku ni be alone sekejap and perlukan masa untuk aku nak tenangkan diri aku ni. 
.
.
Alright, dengan akal yang Allah beri dekat aku ni, aku bantu diri aku ni dengan fikir semula, (nasib baik masih rasa ada akal, ingat ka dah jadi lembu dah kau bawang, ada otak tapi tak ada akal) yes bawang aku tahu sometime kau rasa tak adil untuk kau. Kenapa kau tak seperti orang lain. kenapa kau perlu lakukan perkara yang tengah kau lakukan sekarang ni? (apa yang aku tengah buat, aku rasa korang tak perlu tahu hahah)
.
.
Macam ni lah bawang...senang cerita kau try fikir, asal dalam berjuta-juta manusia, dalam beribu-ribu pemuda and member-member kau yang kau cakap perhh fun gilerr life kau! syoknyaa life korang weih! or untung arhh dapat fun and enjoy hari-hari! why kau tak ditakdirkan hidup seperti diorang? Okay just simple bawang. Ingat, Allah yang pilih kau. Allah yang pilih kau jadi seperti ini dimana kau labelkan diri kau "Robot Dunia". Weyh bawang..kalau kau terfikir kau ni dah jadi 100% "Robot Dunia" di muka bumi ni, kau silap bawang. Kau silap. Kenapa kau silap dalam hal ni? kerana kau yang bina fikiran tu bahawa kau adalah robot dunia. Kau sendiri yang bina fikiran tu dalam diri kau. Kau lupa siapa kau sebenarnya dan kenapa kau diciptakan oleh Allah kat muka bumiNya. Kau samakan diri kau dengan robot disebabkan tanggungjawab kau kepada manusia di sekeliling kau. Adakah disebabkan itu kau samakan diri kau dengan robot? (kelakar laa kau bawang). Kat situ pun dah nampak "Kau buat sesuatu kerana manusia". See? simple?. Sebab tu kalau jadi macam ni, kau jadi kalah, kau jatuh dalam fikiran mainan yang kau cipta sendiri. 
.
.
Fikir balik, Allah pilih kau buat perkara yang kau buat sekarang ini bukan untuk jadikan kau robot dunia yang kau fikirkan tu. Allah pilih kau bawang sebab itu adalah tugas kau. Dia cipta kau dengan tujuan kau abadikan diri kau hanya untuk Allah semata-mata kerana Dia nak sediakan kat kau sesuatu yang indah diakhir nanti. Jadi kalau kau nak keindahan yang Dia sediakan, kau kena kuat bekerja di jalanNya di muka bumi ini. Alhamdulillah aku masih waras. Allah masih jaga aku. 
.
.
Haa..aku akan share kat korang kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali....
.
.
sambung cerita.....("Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya...) (riak wajahnya telah berubah)

notification 6 panggilan tidak terjawab yang tertera nama "mak" dan 10 mesej daripada "abah" muncul di skrin telefon bawang yang membuatkan bawang rasa kesal dan bersalah dalam dirinya.

      Z         : Haaa kau dah kenapa dengan muka
                   macam tu? (berhenti menghadap
                   laptopnya lalu berpusing ke arah 
                   bawang)
Bawang   : Beb...jahatnya aku sebagai seorang
                    anak..(hanya itu yang terkeluar
                   daripada mulut bawang tidak
                    menjawab soalan Z
     Z          : Asal? (mengambil telefon bawang. 
                   Riak wajah Z mula berubah). Aku dah
                   pernah pesan kat kau kan? Sesibuk
                   mana pun kau, parents kau jangan
                   lupa. Call, mesej aku tak apa la kau
                   main-main, kau buat sambil lewa,
                   but.., mak ayah kau bawang! kau kena
                   ingat.
Bawang : But aku tak sengaja wei,..dan aku tak
                  pernah berniat pun nak biarkan
                  panggilan diorang.
    Z          : Ya memang kau rasa kau tak sengaja.
                   tapi hati  diorang? apa fikir diorang
                   kat kau? Aku tengok benda ni jadi
                   bukan sekali dua beb, tapi sejak
                   kebelakangan ni kerap kau buat
                   macam ni. Yela! asyik sibuk ja kau
                   memanjang. (bebel Z kepada bawang)
                  (sambung Z lagi) besok aku nak, kau
                  telefon parent kau, sekurang-
                  kurangnya apa kau buat, busy kalah
                  menteri tugasan kau tu, bagitau
                  diorang supaya diorang tahu dan
                  diorang faham kerja kau kat sini.
                 Kalau kau tak buat apa yang aku suruh
                 ni....
                ( Z berpaling menghadap laptopnya 
                 kembali)
Bawang : Kalau tak apa? (dengan muka yang 
                  "cuak"menunggu kata-kata Z)
     Z         : Kau tidur luar. jangan harap kalini
                 aku pinjamkan kunci rumah kat kau.
                 Sibuk sangat! (muka bangga dapat
                 mengugut bawang)
Bawang : Ceh! kalini aku takkan lupa la bawa
                  kunci aku sendiri (sambil mencari
                  kuncinya)
     Z         : Elehh sembanglah kau. Dah aku
                  nak sambung kerja aku
Bawang. : Sambunglah kau..tapi.. thanks beb
                   pesanan kau..
     Z          : Small matter beb.. ingat, restu Allah,
                   terletaknya kat restu mak ayah kau.
                   Aku tau kau buat benda baik. Aku
                   sokong kau. Tapi sokongan mak ayah
                   kau lagi power untuk kau kuat. Fuhh!
                   power dak ayat aku! Hahaha
Bawang  : Cishh! Blahh arh kau hahaha ya ya
                   aku ingat (senyum bawang dengar
                   kata-kata kawannya) *dalam hatinya
                   sambil memandang Z berkata, thanks
                   sekali lagi beb)
                   
p/s : Si bawang ni jenis selalu tertinggal kunci dalam bilik bila dia keluar. So si Z ni la selalu jadi penyelamat dia. (bebel-bebel si Z ni pun, kadang-kadang berguna juga dia hahaha)

Selepas habis berbual, masing-masing membuat kerja sendiri. Si bawang masih belum membaca mesej yang dihantar oleh ayahnya. Selepas beberapa minit kemudian, dia menekan applikasi watsapp untuk melihat mesej tersebut, Makin luruh hatinya apabila membaca mesej yang ditujukan kepadanya itu...

Abah   : Along, sihat? along tak rindu abah ka?
              tak rindu mak dan adik-adik ka? along
              ada telefon mak tak lagi? 

(bersambung)............
.
.
So kat sini la bermulanya aku terfikir sampai begitu sekali. Aku menyalahkan apa yang aku buat ni, adalah puncanya aku jauh daripada family aku. Hahaha tapi itu adalah salah diri aku sendiri. Aku tak patut menyalahkan sekeliling aku betul tak? dan ini bukannya alasan untuk aku perlu berfikir sampai tahap tu kan? 
.
.
Haa..korang yang aku kongsikan cerita aku harini, aku nak pesan, jangan jadikan atau mencipta sesuatu alasan untuk kita berhenti buat apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Terutamanya amanah Allah dimana Dia meminta kita memberi manfaat kepada orang lain dalam masa yang sama memperbaiki diri kita.
.
.
Okay, itulah entri aku yang berkait dengan tajuk aku harini iaitu "Robot Dunia" yang aku nak kongsikan dengan korang. Actually, banyak sebenarnya aku nak cerita ni hahaha tapi it's okay tadi aku dah janji dengan korang kan, yang aku akan singkatkan  entri aku harini.  So, semoga apa yang kita buat sekarang ni jadikan hanya semata-mata untuk Allah kerana seandainya korang buat untuk manusia, korang akan jadi seperti aku dimana terjatuh dengan fikiran yang dicipta sendiri yang menyamakan diri kau dengan robot. Bila kau berfikiran seperti ini, serius aku cakap, ia sangat sakit, penat untuk kau teruskan, rasa kalah dengan apa yang kau buat! dan kau rasa kau la orang yang paling tak beruntung di dunia ni. Jangan ok! jangan!. Dan aku harap dengan perkongsian aku harini, akan bantu korang jadi lebih baik daripada aku. Lebih kuat daripada aku. Paling penting! sesibuk mana pun kau, parent kau jangan lupa. Ingat pesan si Z tadi tu kadang-kadang apa yang dia cakap, bagi aku kesedaran dan bermakna untuk aku. (walaupun kata-kata dia perhh! korang sendiri tengok kan! tahan ja aku hahaha). 
.
.
Jumpa lagi korang di entri baru aku nanti In Sha Allah. Lastly thanks korang yang still setia dan membaca entri pelik aku ni hahaha. Haa lagi satu...tunggu erk sambungan cerita aku yang aku akan bawa untuk korang nanti. Apa kesudahan cerita aku dengan family aku.....
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi pendapat korang, salahkah kadang-kadang kita terlintas fikiran seperti ini? Melabelkan diri sebagai "Robot Dunia'' adakah sesuatu yang pelik?





Thursday, 9 May 2019

"Aku, Si Budak Gagal"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ..
Okay Assalammuailaikum guyss. Hai korang...
ada yang masih ingat aku tak? and ada kat sini yang rindu dengan coretan mengarut aku ni? hahah. Alhamdulillah Allah mengerakkan hati aku harini untuk jumpa korang kat sini. Haa untuk korang yang mana tengah rindu aku tu, don't worry aku dah datang ni hahah acah lebih aku (jujur jelah bawang padahal kau yang rindu diorang, rindu tempat lepak kau ni aduhh). Firstly, maaf aku tak tepati janji aku kat korang haritu yang aku akan datang borak dengan korang time semester break aku. Teruk weih dah lama aku tak merepek kat sini. Korang nak tau, aku hampir lupa blog aku ni hahah (k tak lawak guys). Maaf ya guys banyak benda aku kena settlekan sebelum ni weih (maafkan aku ya) serius rasa bersalah aku kat korang still rasa sampai sekarang. Apa-apa pun, yang paling penting aku nak korang sentiasa sihat, always be happy, and apa-apa ja lah asalkan korang berada dalam keadaan yang baik-baik ja erk. Alright! macam selalu first aku nak tanya korang, korang apa khabar? imam korang...ehhh (imam pulak!...) maksud aku IMAN korang macam mana? korang jaga DIA baik-baik tak? aku harap korang jaga DIA baik-baik la alright. Aku percaya korang semua kat sini semua terbaik, hebat-hebat belaka, kan. In Shaa Allah.
.
.
Okay guys..macam selalu aku buat sebelum ni, kalau aku datang ja menyemak kat sini confirm ada something aku akan share dengan korang kan hahah. Harini aku nak share tentang seorang budak ni yang selalu rasa diri dia loser! arhh teruknya aku! apa jela kejayaan yang aku dapat dalam hidup aku? dah gagal, gagal jelah! aku rasa aku dah tak ada harapan... wow! cer korang tengok. Teruk kan budak tu. But korang.....do not judge in a hurry...kau, korang, kita semua tak tahu apa yang dia tengah alami right? kita tak tahu apa yang dia tengah struggle sekarang.. yes other person don't know what he feel if we are not in his space. Maybe korang kat sini pernah or tengah rasa apa yang dialami oleh dia sekarang ini kan haa mana tahu.
.
.
Alright aku faham. Sometimes timbulnya perasaan macam ni kita tak dapat nak elak. Seriously I'm also. I'm always feel like this..yes always, if I do something, and then I did not get the results as I wanted, as I planned yeahh I will feel like this. So untuk korang yang sometimes rasa..

        Ya Allah aku dah gagal, Aku rasa aku dah tak ada peluang untuk aku nak berjaya, I'm lost hope, Aku dah tak boleh teruskan lagi... guys...no! jangan.. I tell you jangan rasa macam tu..
.
.
It's okay you know it's okay...ada hikmah di sebalik tu guys. Don't feel down, don't give up, keep it up, try and try again. Jangan kau rasa sedih. Untuk apa kau nak sedih?. Adakah ia boleh berubah dengan kesedihan kau harini, esok or selama-lamanya? no right? so get up, keep smiling, think positive and set in your mind "focus on now". You still have time. You still have chance. The most important, kau redha, Allah akan bantu kau. Remember this.
.
.
Yes guyss, aku tahu nak redha tu pun kadang bukan senang, bukan mudah untuk kita sebab itu melibatkan satu proses yang kau perlu kuat to do it! yes aku pun kadang tak mampu, lemah. Yes diri aku sangat lemah. Tapi kau perlu ingat, "try". You must try it. sakit? penat? luka? sedih? yeahh memang kau akan rasa. Itulah proses dimana menunjukkan kau cuba untuk bangun iaitu bangun daripada menjadi "Aku, Si Budak Gagal". Tapi kau risau hasilnya? aduhh guys jangan risau akan hasilnya asalkan kau ada usaha untuk mencuba. Lepas kau cuba, serahkan segalanya pada Allah. Alaaa takkan korang lupa, Allah tak tengok hasil kau, tapi Dia tengok usaha kau. Sebab apa tiberr aku ingatkan korang pasal ni, sebab first kita cuba untuk bangun kembali, set dalam diri, "Aku ada Allah", "Aku percaya Allah lihat usaha aku", "Aku ada kekuatan untuk bangun semula atas bantuan Dia". Dia yang menjentik hati untuk aku cuba. Haa sebab tu aku cakap dah usaha, step yang seterusnya tawakal serahkan segalanya pada Allah. Apa yang aku just nak pesan, kalau kita nak buat something tu, jangan mengharapkan sangat semangat kita. Yang paling penting kesungguhan kita. Bukan aku nak cakap semangat tu tak penting. But kalau korang nak tahu, kalau kau just ada semangat, tak ada kesungguhan, semangat kau akan hilang. Jadi kau akan hilang  arah kau untuk capai matlamat kau sekelip mata ja. Tapi guys..kalau kau ada kesungguhan dalam diri kau, percayalah kata aku kau akan terus kejar matlamat kau walaupun slow, slow and slow but kau akan tetap kejar because in yourself kau dah create button kesungguhan dalam diri kau. So kat sini aku nak kasi tahu korang, "kesungguhan first dan semangat kemudian". Kalau kau ada kesungguhan kau tak payah nak risau tentang semangat kau, sebab dia akan muncul sendiri selepas kau ada kesungguhan dalam diri kau. OKAY TAMAT..
.
.
      ehhhh korang ingat dah tamat? sini! sini! sambung balik hahah

.
.
Okay okay la..last! last! daripada aku hahah kata rindu aku merepek kan haa sila baca sehingga bengkak kepala korang (k..k lawak ja). Okay berbalik kepada sambungan aku tadi, untuk yang last pesanan aku ni aku just nak pesan mula langkah korang dengan "Plan right now". You must plan right now. Plan dengan tenang. Apa yang kau nak buat bermula daripada sekarang. Yes memang kadang-kadang kita rasa ni ja peluang yang ada. Dah tak ada peluang bagi kita, kalau kita gagal dalam sesuatu perkara dimana perkara tu hanya sediakan satu peluang untuk kita. (like..kau gagal yang ini, haa sudah! blah arhh kau!). But you must know and believe, the chance still have for you if you plan right now and change right now. Put your hope and believe 100% for Allah. There is nothing impossible for Allah. Yang pasti don't lose your hope. Yes we are plan and but remember, Allah also plans. The most important, please don't blame yourself. Sometimes we need to celebrate ourselves. Try to say, "Congratulation dear self, for your effort''. The last thing, don't compare yourself with other. Tolong jangan. If you do that, it make you far from Allah and also make you far from yourself slowly. Why i say it will make you far from Allah? because you do not believe Him and you not sure for Him and why i say it will make you far from yourself?. You have build a wall that will prevent your efforts from continuing to try, to be sure to continue in yourself. (ok done..aku membebel in inggeris walaupun aku tahu inggeris aku hancur, but confident tu kena penting hahaha mengarut!)
.
.
Give up? kadang-kadang one step backwards bukan bermaksud kita kalah. Cuma kita perlu pandu ke arah yang lain untuk terus ke hadapan. Terpulang pada kita sama ada kita nak backwards kebelakang untuk cari cara lain or kita akan berhenti terus dengan apa yang kita tengah lakukan. In this word, just have 2 choice for us right? haa pandai-pandai la kita memilihnya. Okay tamat daripada aku harini. hahah untuk korang, mana yang layan entries aku harini aku nak ucapkan thanks guys. Kalini aku tak boleh janji dengan korang bila pula aku akan muncul lepak kat sini. (perhhh kalah menteri hahah) doakan aku dipermudahkan segala urusan aku guys kat sini and aku doakan korang jugak semoga dipermudahkan urusan korang yang mana tengah kejar impian, cita-cita like me, let's go! we can do it! In Shaa Allah. 
.
.
Lastly, Alhamdulillah aku dapat share something dengan korang harini. Alright, apa yang aku sampaikan kat korang tadi itulah maksud sebenarnya disebalik entri aku harini "Aku, Si Budak Gagal" dimana menceritakan tentang seseorang yang aku kenal yang mengelarkan diri dia "Aku, Si Budak Gagal". Siapakah dia? jeng...jeng...(sambung next entri aku nanti itupun kalau aku muncul lagi la..haa kalau tak, tunggu lagi la korang tahun depan pulak hahah). Maafkan aku kalau ada salah silap kekurangan dari aku. Doakan aku dapat jumpa and borak dengan korang lagi kat sini okay!
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi pendapat korang, adakah kita masih ada peluang untuk tebus kegagalan kita? tak layakkah seandainya the person yang mana rasa "Aku, Si Budak Gagal" ni mengharapkan masih ada peluang lagi untuk dia?







Friday, 23 March 2018

Maaf Aku Dah Penat!

Assalammuailaikum guyss. Korang apa khabar? rindu korang weih seriously (yang mana tengah rindu cerita aku tu, haa nih aku dah datang..hahah ehh ehh perasan!) maaf korang sejak masuk sem baru aku kat sini, aku sibuk sangat-sangat (busy laa konon Allahu). Lama weih aku tak borak dengan korang. Hari-hari korang macam mana okay? kalau korang nak share something yang happy ka, sad ka or something yang membuat korang bad mood nak give up ka share jelah dengan aku. Aku on ja korang jangan lupa aku dengan korang dah brotherhood!, sisterhood! dah sekarang kan (okok lawak ja erkk) so jangan malu-malu if korang nak semakkan ruangan comment kat bawah tu nak share something pun tak apa aku tak kisah :) if aku ada masa, aku akan balas, kita borak kat bawah tu erk. Inipun aku curi-curi masa sekejap datang menyemak sebelum aku nak midsem tak lama lagi (doakan aku ya korang) disebabkan nak berborak dengan korang kat sini. Ok disebabkan aku dah lama tak berborak dengan korang jom aku nak hadiahkan satu entri pasal "Maaf Aku Dah Penat!". Apa tu? aneh betul tajuk kau bawang! dah penat, pergi jelah rehat or tidur jelah apasal cerita kat sini hmm..Okay, kalau korang nak tahu ada maksud tersirat aku cuba sampaikan melalui tajuk aku kalini. Aku harap korang tak bosan la ya baca budak bawang punya entri yang menjengkelkan ni.
.
.
Okay apa yang aku nak sharekan ni berkaitan dengan apa yang aku lalui dulu dan sekarang dalam perjalanan aku yang boleh dijadikan pengajaran kat korang sebab maybe korang pun pernah alami or tengah alami sekarang. Sampai sometimes terlintas dalam hati aku, dalam otak aku macam-macam la kalau korang nak tahu. Apa yang terkeluar dalam hati, otak aku ni? okay ini la yang korang nak tahu tu "Maaf aku dah Penat!". Serius korang...akan sampai satu masa, korang rasa dah penat! dah tak mampu! nak teruskan apa yang korang buat, apa yang korang kejarkan selama ni. Belajar?, impian korang? and so on weih. Kalau korang nak tahu, aku pernah alami situasi dimana aku pernah jatuh teruk sangat. (yess! it's true guyss). Korang bayangkanlah aku jatuh and down di tempat dimana tanpa seorang pun orang tersayang di sekeliling kau dan orang-orang yang selama ini yang beri kau motivate dalam kehidupan kau. Yes! orang-orang tu adalah your parents, your best friend yang kenal kau, yang kenal perangai baik buruk kau, yang tahu kelemahan kekuatan kau and yang sabar banyak untuk keluarkan kau dalam kehidupan buruk kau selama ini.(imagine, imagine okay). Ya Allah besar! besar weih untuk aku. Bila aku ada masalah, aku rasa macam nak lari sejauh mungkin daripada masalah tu sebab aku dah penat berfikir and sampai satu masa tu, aku dah penat dengan jalan dakwah ni (seriuss guys aku pernah terfikir macam tu)                                               
  Ya Allah! apa semua ni, apa yang kau berikan kepada aku ni? kenapa aku? kenapa kau penatkan otak aku? kenapa kau penatkan kehidupan aku dengan Kau turunkan pelbagai masalah dalam setiap urusan yang aku lakukan? kenapa Ya Allah! kenapa? aku perlu rehat Ya Allah. sangat-sangat perlukan. 
.
.
Kalau korang nak tahu, seminggu, dua minggu juga aku ambil keputusan untuk jauhkan diri aku dengan orang sekeliling aku. usrah? hmm selama dua minggu tu juga aku tak pergi guys. Take noted beb! *penat mental lebih teruk guyss berbanding kita penat fizikal. Hidup aku kat sini berserabut weih tak teratur langsung(haha nampak sangat tak tu mana pergi life aku. haishh teruk betul hidup kau bawang!). Melangkah and terus melangkah menjalani kehidupan buruk aku kat sini dengan pelbagai masalah aku hadapi tanpa aku luah sikit pun kat parents aku and kawan-kawan aku kat sana tak macam dulu weih, kalau aku ada masalah diorang akan tahu walaupun aku tak bagi tahu diorang. (yelaa tengok ja muka hodoh aku yang masam, kusut masai macam ni gerenti laa diorang tahu!) and now? dah jauh daripada diorang pandai-pandai kau la bawang kan! ok fine it's okay nak taknak kau sendiri bawang yang perlu bantu diri kau.  Yeahh sampai satu tahap aku berjaya lalui hari-hari buruk aku dengan gahnya weih berjaya yes Alhamdulillah berjaya. How bawang how kau buat? 
okay dengan cara aku ingat semula..
.
.
  Bawang, kau pernah katakan kau pernah terdetik yang kau penat dengan semua yang kau buat termasuk kau dah penat dengan jalan dakwah ni kan?kan?haa nah ambil dan hadam betul bawang!
.
.
Ingat balik bawang, Allah dah berfirman :
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir" (Qs Yusof : 87).
Haa nampak tak kat situ bawang! kau nak termasuk dalam golongan yang berputus asa tu ka? paling teruk kau pernah cakap kau dah penat dengan jalan dakwah! Ya Allah Istighfar bawang! Istighfar! sanggup kau cakap macam tu? Ya Allah, kau patut bersyukur bawang, kau dipilih Allah untuk berada di jalanNya, untuk bantu kawan-kawan kau, bantu anak-anak muda seperti kau yang masih terlena dengan dunia sekarang. Allah gerakkan hati kau, takkan kau nak biarkan ja? ingat balik kalau bukan aku, siapa lagi? so nak bantu diorang, kau kena bantu diri kau dulu dengan cara "Penat" yang kau alami tu, kau sandarkan 100% dengan letakkan kepercayaan kepada Allah yang kau penat sekarang ini In Shaa Allah kau akan dapat ganjarannya di akhir nanti dengan kepenatan yang kau alami. Kau penat dengan pelajaran kau? kau percaya jelah di akhir nanti kau akan cemerlang dalam pelajaran kau. Kau penat dengan jalan dakwah? you must believe! kau akan dapat sesuatu yang besar Allah sediakan untuk kau di akhir nanti, bukan untuk kau ja, untuk family kau, sahabat-sahabat kau and orang-orang yang kau sayang disekeliling kau. Besar tu bawang ganjaran diatas penat kau. Okay faham? and then dalam masa pemulihan aku untuk aku motivate diri aku sendiri alone weih alone, entahlah Allah dengar doa aku apabila time tu jugak tiba-tiba member-member aku yang aku label diorang nih "sahabat" sebenar aku telefon aku mesej aku..

    kau okay ka weyhh?! apasal kami kat sini rasa something bad yang jadi kat kau? cerita la weih, kami ok ja nih akan dengar semua masalah kau kat sana. Kau dah janji kan, apa yang jadi kat kau kat sana, kau akan cerita kat kami? (alamak dengar soalan bertubi-tubi daripada diorang, tunggu lagi aku apa lagi Alhamdulillah ada tempat aku luahkan selepas aku luahkan dekat Allah) thanks beb..aku tak tahu nak cakap apa kat korang. Yang pasti i'm promise beb kat korang aku takkan selemah ini dah. So dari situ aku kembali pulihkan penyakit "penat" aku tu and aku tanamkan kata-kata dalam diri aku "kalau kau penat, berhenti berehat sebentar. Bukan terus berhenti". 
.
.
Okay korang dah tahu kan apa yang aku nak sampaikan kat korang mengenai tajuk aku kalini. Aku tahu, bukan aku sorang ja yang mengalami situasi macam ini because bukan aku sorang sahaja kan yang hidup kat dunia ni, aku pasti and know korang pun pernah mengalami or tengah mengalami situasi macam aku sekarang ni kan? tak ada sesiapa pun yang tak penat weih dengan pelbagai cubaan, or cabaran dalam kehidupan seharian dia kan? (Lainlahh dia ada power like superman or superwoman ka kann hahah sorry tak lawak~~') by the way korang kena tahu diorang pun ada kelemahan juga weih not always they are powerful kan. Alaa.. korang pun boleh laa nak power pun, power dengan cara korang okay SOLAT KENA POWER! kalau solat lemah habislah korang! motivate dalam diri korang tu jangan lupa powerkan juga! positive thinking kena power untuk fight negative thinking tu okay? understand? satu ja aku nak pesan kat korang, yang mana tengah istiqomah di jalan dakwah sekarang nih, kau kena ingat kalau kau cakap kau dah penat di jalan dakwah macam yang aku pernah alami dahulu, kau perlu tahu kita yang memerlukan dakwah ni! kita yang perlu mencari agama Allah ini (Islam), kerana agama suci Allah ni tak memerlukan kau pun, tanpa kau ia masih berjalan and akan terus berjalan. Kalau kau nak tahu, kita ni ibarat berada dalam gerabak tau tak? gerabak tu akan terus berjalan, sampai satu tahap ia terpulang kepada kau sama ada kau akan berhenti dan turun daripada gerabak tersebut or kau akan terus berada di dalam gerabak tersebut meneruskan perjalanan sehingga ke akhir perhentian gerabak tersebut :).
.
.
Okay guys cakap pasal penat, aku dah penat menulis nih. Izinkan aku berhenti ya sekarang hahah. Aku tahu korang pun dah penat baca kan? okay! okay rest erkk nanti entri aku pula yang dituduh memenatkan otak and hari korang haha(just joke). So kalau ada apa-apa yang korang nak sharekan boleh ja dialu-alukan. Aku sedia dengar cerita korang. Kena adil la kan asyik korang ja yang dengar aku punya story aku pun nak juga dengar good or bad story korang. Alright jumpa lagi ya korang In Shaa Allah kita jumpa lagi time midsem break aku don't worry if i'm not busy aku datang berborak dengan korang lagi. Haa sebelum tu ingat pesan aku kat atas tadi tu jadi cerita aku tu sebagai pengajaran kenapa korang tak perlu berhenti kalau korang penat dengan apa kebaikan yang  korang buat sekarang ni, if ia membawa kebaikan untuk korang, and everyone di sekeliling korang go on! tapi kalau sebaliknya, berhentilah dan mula dengan kehidupan yang baru okay! yang lebih baik lagi! korang jangan jadi lemah macam aku si bawang nih! I'm believe you all can do it! boleh buat lebih baik daripada cerita aku ni.
.
.
✏@budakbawang
.
.
Alright "Maaf Aku dah Penat" ni bukan bermakna kau akan rasa kau dah cukup rehat sekiranya kau berhenti dengan apa yang kau buat sekarang because dengan kau berhenti melaksanakan benda wajib yang diamanah kat kau, kau akan dianggap pengecut kerana kau lari daripada tanggungjawab kau! so hadapi dengan kuat dan sabar sehingga akhir kerana.....kau akan mendapat dua kali ganda kemanisan dalam hidup kau atas "kepenatan" yang kau alami sekarang di akhir nanti dengan bantuan Allah kerana "اللَّهُ الصَّمَدُ" Allah adalah tempat pergantungan bagi segala sesuatu. So tak mustahil korang tak percaya kan. Apa-apa pun aku doakan hari-hari korang ya semoga dipermudahkan urusan korang. Korang pun doakan aku juga erkk kat sini yang jauh nun daripada family aku sedih weih sedih but it's okay sampai bila nak jadi anak mak anak abah hahaha. Selamat tinggal korang Assalammuailaikum
.
.
So bagi pendapat korang, salahkah kalau sometimes kita rasa down and betul-betul nak berehat dengan apa yang kita buat? Betulkah kita akan dianggap pengecut kalau kita berhenti untuk melakukan sesuatu yang sometimes kita rasa kita tak mampu?

Tuesday, 16 January 2018

Tembok Besar!


Ok Alhamdulillah jumpa lagi aku dengan korang kat sini. Sorry guys aku terpaksa hilang untuk beberapa harini sebab aku kena berperang untuk final exam aku, yang merupakan first exam aku kat sini cewahh.(kusut masai dah aku). Don't worry weih aku takkan lupa korang jyeahh!. Alright! disebabkan dah beberapa lama aku tak berborak dengan korang, aku nak bagi entri baru untuk korang khas yang sudi and masih setia baca entri aku  yang tak seberapa nih. (thanks korang sambil bagi mini heart  hahah). Entri baru aku kalini nak kongsi dengan korang tentang "Tembok Besar" yang ada dalam diri aku dari dulu and mungkin sampai sekarang. Serius aku bagitau korang, selepas korang baca entri ni aku sure mesti "Tembok Besar" ni juga ada pada korang so sebab tu aku nak sangat-sangat and sangat....(huish nampak betul-betul nak tu!) korang tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam perkataan aku cuba nak kongsikan ni. 
.
.
Entri yang aku buat kalini akan beritahu korang kelemahan sebenar yang ada pada budak bawang ni yang tak semua orang rapat disekeliling aku tahu or sesetengah orang maybe akan tahu walaupun aku tak pernah share dengan diorang (maybe, yes maybe la!). Ok bawang, you can start now! apa yang kau nak bagitahu sekarang.
.
.                      
Alright, sebenarnya aku ni seorang yang susah nak dekatkan diri aku ni dengan orang sekeliling aku. Yes! mungkin dalam first fikiran korang ni mesti korang akan terfikir or cakap ishh! belagak juga sebenarnya budak ni rupanya! ouhh ok patutlaa budak ni taknak cakap siapa sebenarnya dia ni sampai gelar diri sendiri sebagai budak bawang laa itu, ini laa hishh! (maybe la korang fikir macam tu). But its okay, aku tak salahkan korang walau sikit pun. No! no! dont worry sebab itu hak kau, korang everyone la nak fikir apa kan. Sorry korang (serius ini yang terkeluar dari mulut aku untuk korang). Actually itula sebenarnya kelemahan aku yang aku sendiri taknak ada dalam diri aku. The point sebabnya aku jadi macam ni adalah sifat keberanian aku sendiri yang boleh nak dikatakan 30% la ada dalam diri aku ni (haha..boleh nak dikatakan teruk sangat tu kan). 
.
.
Yes! memang aku tahu itu kelemahan aku, itu musuh sebenar dalam diri aku! Tapi..itula yang always ikut aku macam bayang weih dimana saja aku pergi kelemahan aku akan ada dengan aku.
.
.
Kalau korang nak tahu, keberanian dalam diri aku sebenarnya sangat and sangat kritikal serius guys (teruk sangat tu). Kenapa kau boleh jadi macam ni bawang?..ok the reason kenapa boleh jadi macam ni disebabkan aku jenis budak yang takut dengan pandangan orang di sekeliling aku. Yes! Itu punca tembok besar ni boleh muncul dalam diri aku. Apa orang pandang, apa orang cakap itu yang aku set dalam otak aku, diri aku sampai aku sendiri yang menjadi punca muncul tembok besar ni dalam diri aku ni. So, nampak tak kat sini, aku sendiri yang bersalah dalam hal ini yang buat diri aku jadi macam ni. 
.
.
Disebabkan kelemahan aku ni, aku banyak hilang peluang aku, hilang kepercayaan orang terhadap aku and sometimes aku rasa aku ni pengecut kah?. Banyak persoalan dalam fikiran aku and banyak sebenarnya aku nak tanya, cakap, berkongsi dengan everyone but itula disebabkan "tembok besar" dalam diri aku ni lah yang menjadi penghalang aku melangkah dalam dunia sebenar. Dunia sebenar yang aku mahu tahu banyak perkara..and dunia yang aku mahu beritahu apa yang aku tahu kepada masyarakat sekarang iaitu "korang".. yes.! Korang yang dah aku anggap sebahagian daripada kisah aku ni (thanks korang). And then Alhamdulillah "tembok besar" aku ni, aku dah pelahan-lahan robohkan and hapuskan dalam hidup aku sebabnya itulah misi and visi aku dari dulu hingga sekarang (tapi sekarang misi and visi aku tu betul-betul aku cuba lakukan! Bukan hanya cakap kosong macam dulu dah ok, aduhh zaman bila tuu!). So dikira azam ka ni bawang? its okay teruskan bawang! Teruskan!
    
     "In Shaa Allah, Allah akan bantu kau, kawan2 kau yang baca entri kau ni pun confirm diorang doakan kau di atas penyakit bahaya kau ni bawang"
.
.
So, Kepada korang yang ada "tembok besar" seperti aku, aku just nak explain, just kita yang boleh robohkan tembok ni bermula dengan keberanian kita. Usahalah robohkan tembok itu supaya kita dapat tahu kelebihan yang ada dalam diri kita, sebabnya hanya aku, kau, korang yang tahu diri kita sendiri alright!. 

✏@budakbawang

Begitu hinakah "tembok besar" dalam diri aku ni?
                                             

Wednesday, 10 January 2018

Bukan Bajet Alim..Tapi "Amanah!"

Assalammuailaikum sekali lagi guys. Sorry korang muncul lagi aku dalam ni (menyemak pula kan) Korang macam mana hari-hari korang? Ok? (maksud aku ok tu like...)

     yes! Aku dapat harungi hari aku dengan baik harini walaupun pelbagai cabaran aku terpaksa hadap. (congrats beb untuk korang👍)
.
.
Kalau tak ok, try the best! cari jalan or buat sesuatu yang boleh buat korang rasa ok and then sekaligus buat korang rasa,

  Alhamdulillah aku bersyukur Ya Allah dengan apa yang Kau kurniakan pada aku hari ini tak kisah la ok or tak hari aku, mybe bukan harini aku benasib baik macam orang lain but besok...besok and the next day ada lagi don't worry! (don't give up! Untuk korang yang ini pulak, support from aku always ada utk korang!💪). Alright dah naik semangat korang dah? Kalau sudah, aku nak buat coretan baru ni untuk korang? Boleh?
.
.
Okay harini aku nak buat satu entri pasal point aku "Bukan Bajet Alim..Tapi Amanah!". Huissh apa pulak tu kan. Ok entri ni aku nak start and kongsikan time aku jejak kaki aku kat destinasi dimana aku ada sekarang ni sebagai perantau yang terpaksa korbankan apa sahaja demi menuntut ilmu tinggalkan family, rumah (katil, selimut, bantal kesayangan! Fuhhh berat tu bagi aku laa) member-member yang perangai hura hara ja memanjang (memberhood haha sorry weih main ikut suka ja cakap aduhh). Hmm banyak laa kalau nak senaraikan, aku boleh buat entri baru khas untuk apa yang aku tinggalkan kat sana.
.
.
When I be here, aku diberi peluang bertemu dan mengenali pejuang-pejuang dimana diorang juga mengalami perasaan berat seperti aku untuk tinggalkan apa yang diorang ada bagi menjejakkan kaki di tempat orang sementara waktu demi status "penuntut ilmu". Start time ni, aku mula berfikir balik, "dearself, see not just you". Lihat la mereka. Mereka seperti kau. 
.
.
But.....entah laa macam yang aku cakap kat korang sebelum ni kan yang aku nih suka perhatikan apa yang menarik perhatian aku yang tiba-tiba membuat banyak persoalan muncul dalam otak aku. Termasuklah masyarakat di sekeliling aku (status student seperti aku) yang menjadi persoalan kepada aku apabila melihat cara life diorang. Pelbagai weih bawang! don't shocked laa kenapa dan apa yang Allah tunjukkan di hadapan mata kau. Kau kena ingat baik or buruk ada hikmah untuk kau sebagai pengajaran dan contoh untuk kau alright!.                                                        
Terus perhatikan and mula berfikir.. fikir.. and fikir sehinggalah tiba-tiba aku "ter"remind pesanan (pakar motivate aku a.k.a my mom
  
      "Bawang..(haa  guys...ni nama aku yang aku gelarkan untuk diri aku kat sini tau bukannya my mom panggil aku bawang hahah nanti salah faham teruk pulak) walau serantau dunia sekalipun, berapa lama pun kamu pergi..kamu perlu ingat 2 perkara ni and simpan betul-betul dalam diri dan  kehidupan kamu."
.
.
First..kau kena ingat sebab apa kau dicipta oleh Allah di bumi ni? So kalau kau tahu apa sebabnya,  kau akan betul-betul  pegang pada pengangan and janji kau yang pertama ni (jadikan otak kau tu sebagai memori kad juga bawang jangan ingat telefon bimbit kau ja yang ada memori kad). Ok sebenarnya dijadinya aku, kau, korang everyone laa adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya berbalik kepada yang korang perlu tahu,

Firman Allah :  
Dan aku tidak  menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” ( 51 : 56)
.
.
And then yang second weyh..
   
     "Bawang, kamu perlu tahu, dimana sahaja kamu pergi kamu jangan fikir kamu just bawa identiti kamu ja faham?" (Aik maksudnya?)
.
.
Ok ni maksud aku sebenarnya....its the meaning dimana aku pergi utara, timur, selatan, barat everywhere laa nak katakan ni aku bawa dua identiti sebenarnya. Straight to the point laa, aku not just bawa maruah aku sahaja but aku juga bawa maruah kedua orang tua aku bersama aku weih. (sebab apa kau cakap mcm tu bawang?) Disebabkan peringatan buat aku supaya aku tahu sekiranya perkara baik aku buat, ia akan bagi effect kat mak ayah aku so sebaliknya juga. Apa yang aku buat first aku kena fikir maruah diorang sebagai status "anak" untuk diorang. 
                                                                         ‎
Itulah pesanan pakar motivasi setia aku (thanks a lot my heroin)
.
.
Alright daripada point di atas tu yang aku kongsikan dengan korang guys berbalik kepada maksud yang aku cuba katakan tentang "Bukan Bajet Alim.."Tapi Amanah!'' Ya itulaa maksud aku sebenarnya. Bukan status alim yang aku pegang dalam diri aku selama ini but "Amanah" yang dipertanggungjawabkan untuk aku. Amanah dari siapa? Amanah untuk aku dari Pencipta aku and Amanah aku dari orang tua aku.
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi korang guys, betulkah prinsip yang aku pegang ni? Adakah ia membebankan kalau korang berada di tempat aku?

Saturday, 6 January 2018

Berubah Kerana Dia atau Si dia?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ...
Ok.. Firstly Alhamdulillah sangat Allah masih bagi peluang bernyawa lagi kat dunia Allah yang cantik, indah ni untuk hamba Dia seorang ni yang banyak sangat lupa pada Dia. Bila susah kau bukan main cari Dia nangis-nangis (nangis mcm tengah kupas bawang) tersedu2 kau, bila kau senang sikit mula laa lupa habis Dia (ok dh mula nak touching nih). Yalaa banyak sangat jalan kau (diri sendiri) ikut tapi cuba balik kau fikir, betul ka jalan-jalan yang kau ikut selama nih (bermonolog dalaman!). Persoalan demi persoalan bermain dalam otak kau masa tu (termenung) mencari jawapan untuk tanda tanya kau selama ni, jalan keluar untuk kau keluar dari jalan yang selama ni kau harungi.   

      Weih "Bawang" (to dear self) kau kena sedar and bersyukur weih. Allah rindu kau tuh, yaka sebab? 

Ok sebabnya, dalam kau sibuk mengejar hal and kesenangan dunia, tapi Allah masih gerakkan hati kau untuk balik ingatkan Dia. Dalam kau keseorangan mencari jalan keluar, Dia sahaja yang bantu kau. Jadi Alhamdulillah first step aku untuk keluar dari jalan kekosongan dalam hidup aku selama ni success weih!.
.
.
Ok persoalannya kenapa dalam success first step aku tu tiba-tiba aku tertanya "berubah kerana Dia atau si dia"? Fuhhh haa ni lah sebabnya dalam perubahan aku tu kadang-kadang aku malu dengan orang sekeliling aku (si dia tu bukan bermaksud gf or bf sahaja ok guys) yelaa tiba-tiba dalam kau berubah orang pandang kau ehh bajet alim arh dia ni! Paling teruk pun aku kena munafik arh sebenarnya dia nih (berkaca mata). So kadang-kadang aku rasa down teruk tu tak perlu nak katalah sampai nak menyerah pun ada. 
.
.
And..... Apa yang paling penting tiba-tiba kau sendiri yang tergerak hati kau (nasib ada akal lagi kau ya bawang) kau nih sebenarnya berubah kerana Allah ka atau diorang tu? Ehh boleh pula kau cepat mengalah nak berubah balik ke jalan kau dulu disebabkan diorang. 

     Aduhh come on laa!. Gentle sikit hati kau tu!
.
.
So, jalan and keputusan aku buat ni tak salah kan guys?

✏@budakbawang

Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...