Wednesday, 27 November 2019

Robot Dunia

                         


"Jam tangan bawang telah menunjuk pukul 11.30 malam"

(Tombol pintu dipulas. Dengan langkah yang lemah, bawang memasuki biliknya....)

Bawang  : Assalammuailaikum..
    Z          : Waalaikummusalam..haa dah balik
                  pun kau. Mana kau pergi bawang?
Bawang : Dari meeting beb asal hahah?
                 (jawab bawang dengan muka yang 
                  kepenatan)
    Z         : Perhh! meeting apa kau sampai lewat
                 malam?
Bawang : Ada la..(menuju ke meja belajar di
                 sebelah katilnya)
    Z         : Kau cuba tengok telefon kau sekarang.
                 Banyak kali aku mesej kau, call kau tak
                 dapat haishh (mengeleng kepalanya
                 tanda Z pening dengan sikap bawang 
                 yang tidak mempedulikan panggilannya
                seharian.
Bawang : Hahah laa..kau ada call aku ka? Sorry
                 la beb, aku busy betul harini. Aduh kau
                 ni pun satu, baru sehari kot tak jumpa
                 aku tak kan la dah rindu. (gurau 
                 bawang mengusik Z tanpa
                 mempedulikan kawannya itu yang 
                 sudah pening dengan sikapnya yang
                 selalu menghilangkan diri)          
    Z        : Banyaklah kau rindu...tak ada kerja
                aku nak rindu kau tiba-tiba. Dah, 
                dah! Kau ambil telefon kau tu cuba
                checkk kenapa aku cari kau. Aduh!
                malas aku nak layan kau 
               (sambil membaling bantalnya 
                ke arah bawang)
Bawang : Yalaa aduhh kau ni..
               (bawang melangkah ke arah mejanya
                 lalu  mengambil dan menghidupkan
                kembali   telefonnya....namun, alangkah
                terkejutnya bawang melihat apa yang
                tertera di skrin telefonnya) 

  "Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya........riak wajahnya telah berubah (bersambung)
.
.
Alright assalamuailaikum guys..
Firstly, Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku rasa segala nikmatNya harini. Alhamdulillah juga la aku masih muncul kat sini walaupun tenggelam timbul, tenggelam timbul ja kan aku datang (hahaha..it's okay aku sedar diri). Korang apa khabar ? Masih ingat aku? Rindu aku tak? (perhh yang ini acah betul kau bawang). Harini aku akan cerita sikit pasal tajuk pelik entri aku (macam biasa la) yang bertajuk "Robot Dunia". Jangan risau, kalini aku akan cuba pendekkan cerita aku untuk korang. Aku tak akan memeningkan kepala korang baca entri baru aku harini (hahaha nasib baik korang harini). Okay la guys jom berbalik kepada apa yang aku nak kongsikan dengan korang harini. "Apabendee wei tajuk kau tu! Pelik betul"??? Okay, nak faham apa benda yang aku nak kongsikan dengan korang kalini berdasarkan tajuk pelik ni, korang dah baca belum cerita yang aku sediakan kat korang? cerita yang aku sediakan kat korang tu la yang aku nak kaitkan dengan tajuk aku. Hmm.. "Robot Dunia" ini menceritakan tentang someone yang kadang-kadang terfikir, adakah diri dia ni sebenarnya ala-ala hidup macam robot? adakah dia dicipta hanya untuk bekerja atau berbakti untuk orang lain like robot la kan? mana ruang untuk diri dia? tak normal ka dia?
.
.
But siapakah dia yang dimaksudkan?
.
.
Ya..itu laa AKU. Aku yang kadang kala terjatuh dengan lubang fikiran aku sendiri. Tapi salahkah aku terfikir seperti ini? kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali? dan adakah aku membiarkan dan membenarkan fikiran aku berfikir sedemikian rupa? (korang rasa?). Persoalan demi persoalan bermain dalam minda aku. Aku bangkit untuk berlawan! berlawan dengan fikiran aku yang seandainya aku biarkan, aku akan kalah dengannya!
.
.
        Weh bawang! kau actually tak ada life ka? try kau tengok orang-orang dan member-member sekeliling kau. Enjoy ja hidup diorang haishh kau pula? asyik tak ada masa untuk diri kau! memanjang busy dengan kerja kau! terpaksa ke sana sini dengan program-program kau untuk orang! kau ni manusia or robot sebenarnya ni? tak fikir nak enjoy ka?
 .
.
Like you know, robot tu akan bekerja and buat everything untuk orang yang memerlukannya sehingga la sampai satu tahap robot tu akan berhenti bekerja dengan sendirinya if dia kehabisan bateri atau hayatnya. Itulah aku. Maybe, maybe la..aku pun akan jadi seperti sebuah robot yang akan behenti mengerjakan urusan dunia just dengan cara apabila Allah menghentikan nafas aku kat dunia ni. Jadi, mana life seperti yang aku bayangkan, impikan, yang aku nak kejar selama ni? mana?  Mana fun time aku sebagai seorang pemuda or remaja seperti orang-orang lain di sekeliling aku? aku ni pemuda yang tak normal ka?  
.
.
But..itu semua just sekejap ja weh. Sometime aku berfikiran negatif, positive thinking akan datang sedarkan aku. Okay..sepatutnya aku kena bersyukur la kan Allah masih menyedarkan aku and see! Allah mendengar dan mengetahui apa yang aku alami saat aku mengharungi hidup aku. So, apa yang menyedarkan aku, macam selalu, aku akan biarkan diri aku ni be alone sekejap and perlukan masa untuk aku nak tenangkan diri aku ni. 
.
.
Alright, dengan akal yang Allah beri dekat aku ni, aku bantu diri aku ni dengan fikir semula, (nasib baik masih rasa ada akal, ingat ka dah jadi lembu dah kau bawang, ada otak tapi tak ada akal) yes bawang aku tahu sometime kau rasa tak adil untuk kau. Kenapa kau tak seperti orang lain. kenapa kau perlu lakukan perkara yang tengah kau lakukan sekarang ni? (apa yang aku tengah buat, aku rasa korang tak perlu tahu hahah)
.
.
Macam ni lah bawang...senang cerita kau try fikir, asal dalam berjuta-juta manusia, dalam beribu-ribu pemuda and member-member kau yang kau cakap perhh fun gilerr life kau! syoknyaa life korang weih! or untung arhh dapat fun and enjoy hari-hari! why kau tak ditakdirkan hidup seperti diorang? Okay just simple bawang. Ingat, Allah yang pilih kau. Allah yang pilih kau jadi seperti ini dimana kau labelkan diri kau "Robot Dunia". Weyh bawang..kalau kau terfikir kau ni dah jadi 100% "Robot Dunia" di muka bumi ni, kau silap bawang. Kau silap. Kenapa kau silap dalam hal ni? kerana kau yang bina fikiran tu bahawa kau adalah robot dunia. Kau sendiri yang bina fikiran tu dalam diri kau. Kau lupa siapa kau sebenarnya dan kenapa kau diciptakan oleh Allah kat muka bumiNya. Kau samakan diri kau dengan robot disebabkan tanggungjawab kau kepada manusia di sekeliling kau. Adakah disebabkan itu kau samakan diri kau dengan robot? (kelakar laa kau bawang). Kat situ pun dah nampak "Kau buat sesuatu kerana manusia". See? simple?. Sebab tu kalau jadi macam ni, kau jadi kalah, kau jatuh dalam fikiran mainan yang kau cipta sendiri. 
.
.
Fikir balik, Allah pilih kau buat perkara yang kau buat sekarang ini bukan untuk jadikan kau robot dunia yang kau fikirkan tu. Allah pilih kau bawang sebab itu adalah tugas kau. Dia cipta kau dengan tujuan kau abadikan diri kau hanya untuk Allah semata-mata kerana Dia nak sediakan kat kau sesuatu yang indah diakhir nanti. Jadi kalau kau nak keindahan yang Dia sediakan, kau kena kuat bekerja di jalanNya di muka bumi ini. Alhamdulillah aku masih waras. Allah masih jaga aku. 
.
.
Haa..aku akan share kat korang kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali....
.
.
sambung cerita.....("Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya...) (riak wajahnya telah berubah)

notification 6 panggilan tidak terjawab yang tertera nama "mak" dan 10 mesej daripada "abah" muncul di skrin telefon bawang yang membuatkan bawang rasa kesal dan bersalah dalam dirinya.

      Z         : Haaa kau dah kenapa dengan muka
                   macam tu? (berhenti menghadap
                   laptopnya lalu berpusing ke arah 
                   bawang)
Bawang   : Beb...jahatnya aku sebagai seorang
                    anak..(hanya itu yang terkeluar
                   daripada mulut bawang tidak
                    menjawab soalan Z
     Z          : Asal? (mengambil telefon bawang. 
                   Riak wajah Z mula berubah). Aku dah
                   pernah pesan kat kau kan? Sesibuk
                   mana pun kau, parents kau jangan
                   lupa. Call, mesej aku tak apa la kau
                   main-main, kau buat sambil lewa,
                   but.., mak ayah kau bawang! kau kena
                   ingat.
Bawang : But aku tak sengaja wei,..dan aku tak
                  pernah berniat pun nak biarkan
                  panggilan diorang.
    Z          : Ya memang kau rasa kau tak sengaja.
                   tapi hati  diorang? apa fikir diorang
                   kat kau? Aku tengok benda ni jadi
                   bukan sekali dua beb, tapi sejak
                   kebelakangan ni kerap kau buat
                   macam ni. Yela! asyik sibuk ja kau
                   memanjang. (bebel Z kepada bawang)
                  (sambung Z lagi) besok aku nak, kau
                  telefon parent kau, sekurang-
                  kurangnya apa kau buat, busy kalah
                  menteri tugasan kau tu, bagitau
                  diorang supaya diorang tahu dan
                  diorang faham kerja kau kat sini.
                 Kalau kau tak buat apa yang aku suruh
                 ni....
                ( Z berpaling menghadap laptopnya 
                 kembali)
Bawang : Kalau tak apa? (dengan muka yang 
                  "cuak"menunggu kata-kata Z)
     Z         : Kau tidur luar. jangan harap kalini
                 aku pinjamkan kunci rumah kat kau.
                 Sibuk sangat! (muka bangga dapat
                 mengugut bawang)
Bawang : Ceh! kalini aku takkan lupa la bawa
                  kunci aku sendiri (sambil mencari
                  kuncinya)
     Z         : Elehh sembanglah kau. Dah aku
                  nak sambung kerja aku
Bawang. : Sambunglah kau..tapi.. thanks beb
                   pesanan kau..
     Z          : Small matter beb.. ingat, restu Allah,
                   terletaknya kat restu mak ayah kau.
                   Aku tau kau buat benda baik. Aku
                   sokong kau. Tapi sokongan mak ayah
                   kau lagi power untuk kau kuat. Fuhh!
                   power dak ayat aku! Hahaha
Bawang  : Cishh! Blahh arh kau hahaha ya ya
                   aku ingat (senyum bawang dengar
                   kata-kata kawannya) *dalam hatinya
                   sambil memandang Z berkata, thanks
                   sekali lagi beb)
                   
p/s : Si bawang ni jenis selalu tertinggal kunci dalam bilik bila dia keluar. So si Z ni la selalu jadi penyelamat dia. (bebel-bebel si Z ni pun, kadang-kadang berguna juga dia hahaha)

Selepas habis berbual, masing-masing membuat kerja sendiri. Si bawang masih belum membaca mesej yang dihantar oleh ayahnya. Selepas beberapa minit kemudian, dia menekan applikasi watsapp untuk melihat mesej tersebut, Makin luruh hatinya apabila membaca mesej yang ditujukan kepadanya itu...

Abah   : Along, sihat? along tak rindu abah ka?
              tak rindu mak dan adik-adik ka? along
              ada telefon mak tak lagi? 

(bersambung)............
.
.
So kat sini la bermulanya aku terfikir sampai begitu sekali. Aku menyalahkan apa yang aku buat ni, adalah puncanya aku jauh daripada family aku. Hahaha tapi itu adalah salah diri aku sendiri. Aku tak patut menyalahkan sekeliling aku betul tak? dan ini bukannya alasan untuk aku perlu berfikir sampai tahap tu kan? 
.
.
Haa..korang yang aku kongsikan cerita aku harini, aku nak pesan, jangan jadikan atau mencipta sesuatu alasan untuk kita berhenti buat apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Terutamanya amanah Allah dimana Dia meminta kita memberi manfaat kepada orang lain dalam masa yang sama memperbaiki diri kita.
.
.
Okay, itulah entri aku yang berkait dengan tajuk aku harini iaitu "Robot Dunia" yang aku nak kongsikan dengan korang. Actually, banyak sebenarnya aku nak cerita ni hahaha tapi it's okay tadi aku dah janji dengan korang kan, yang aku akan singkatkan  entri aku harini.  So, semoga apa yang kita buat sekarang ni jadikan hanya semata-mata untuk Allah kerana seandainya korang buat untuk manusia, korang akan jadi seperti aku dimana terjatuh dengan fikiran yang dicipta sendiri yang menyamakan diri kau dengan robot. Bila kau berfikiran seperti ini, serius aku cakap, ia sangat sakit, penat untuk kau teruskan, rasa kalah dengan apa yang kau buat! dan kau rasa kau la orang yang paling tak beruntung di dunia ni. Jangan ok! jangan!. Dan aku harap dengan perkongsian aku harini, akan bantu korang jadi lebih baik daripada aku. Lebih kuat daripada aku. Paling penting! sesibuk mana pun kau, parent kau jangan lupa. Ingat pesan si Z tadi tu kadang-kadang apa yang dia cakap, bagi aku kesedaran dan bermakna untuk aku. (walaupun kata-kata dia perhh! korang sendiri tengok kan! tahan ja aku hahaha). 
.
.
Jumpa lagi korang di entri baru aku nanti In Sha Allah. Lastly thanks korang yang still setia dan membaca entri pelik aku ni hahaha. Haa lagi satu...tunggu erk sambungan cerita aku yang aku akan bawa untuk korang nanti. Apa kesudahan cerita aku dengan family aku.....
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi pendapat korang, salahkah kadang-kadang kita terlintas fikiran seperti ini? Melabelkan diri sebagai "Robot Dunia'' adakah sesuatu yang pelik?





Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...