Wednesday, 27 November 2019

Robot Dunia

                         


"Jam tangan bawang telah menunjuk pukul 11.30 malam"

(Tombol pintu dipulas. Dengan langkah yang lemah, bawang memasuki biliknya....)

Bawang  : Assalammuailaikum..
    Z          : Waalaikummusalam..haa dah balik
                  pun kau. Mana kau pergi bawang?
Bawang : Dari meeting beb asal hahah?
                 (jawab bawang dengan muka yang 
                  kepenatan)
    Z         : Perhh! meeting apa kau sampai lewat
                 malam?
Bawang : Ada la..(menuju ke meja belajar di
                 sebelah katilnya)
    Z         : Kau cuba tengok telefon kau sekarang.
                 Banyak kali aku mesej kau, call kau tak
                 dapat haishh (mengeleng kepalanya
                 tanda Z pening dengan sikap bawang 
                 yang tidak mempedulikan panggilannya
                seharian.
Bawang : Hahah laa..kau ada call aku ka? Sorry
                 la beb, aku busy betul harini. Aduh kau
                 ni pun satu, baru sehari kot tak jumpa
                 aku tak kan la dah rindu. (gurau 
                 bawang mengusik Z tanpa
                 mempedulikan kawannya itu yang 
                 sudah pening dengan sikapnya yang
                 selalu menghilangkan diri)          
    Z        : Banyaklah kau rindu...tak ada kerja
                aku nak rindu kau tiba-tiba. Dah, 
                dah! Kau ambil telefon kau tu cuba
                checkk kenapa aku cari kau. Aduh!
                malas aku nak layan kau 
               (sambil membaling bantalnya 
                ke arah bawang)
Bawang : Yalaa aduhh kau ni..
               (bawang melangkah ke arah mejanya
                 lalu  mengambil dan menghidupkan
                kembali   telefonnya....namun, alangkah
                terkejutnya bawang melihat apa yang
                tertera di skrin telefonnya) 

  "Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya........riak wajahnya telah berubah (bersambung)
.
.
Alright assalamuailaikum guys..
Firstly, Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku rasa segala nikmatNya harini. Alhamdulillah juga la aku masih muncul kat sini walaupun tenggelam timbul, tenggelam timbul ja kan aku datang (hahaha..it's okay aku sedar diri). Korang apa khabar ? Masih ingat aku? Rindu aku tak? (perhh yang ini acah betul kau bawang). Harini aku akan cerita sikit pasal tajuk pelik entri aku (macam biasa la) yang bertajuk "Robot Dunia". Jangan risau, kalini aku akan cuba pendekkan cerita aku untuk korang. Aku tak akan memeningkan kepala korang baca entri baru aku harini (hahaha nasib baik korang harini). Okay la guys jom berbalik kepada apa yang aku nak kongsikan dengan korang harini. "Apabendee wei tajuk kau tu! Pelik betul"??? Okay, nak faham apa benda yang aku nak kongsikan dengan korang kalini berdasarkan tajuk pelik ni, korang dah baca belum cerita yang aku sediakan kat korang? cerita yang aku sediakan kat korang tu la yang aku nak kaitkan dengan tajuk aku. Hmm.. "Robot Dunia" ini menceritakan tentang someone yang kadang-kadang terfikir, adakah diri dia ni sebenarnya ala-ala hidup macam robot? adakah dia dicipta hanya untuk bekerja atau berbakti untuk orang lain like robot la kan? mana ruang untuk diri dia? tak normal ka dia?
.
.
But siapakah dia yang dimaksudkan?
.
.
Ya..itu laa AKU. Aku yang kadang kala terjatuh dengan lubang fikiran aku sendiri. Tapi salahkah aku terfikir seperti ini? kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali? dan adakah aku membiarkan dan membenarkan fikiran aku berfikir sedemikian rupa? (korang rasa?). Persoalan demi persoalan bermain dalam minda aku. Aku bangkit untuk berlawan! berlawan dengan fikiran aku yang seandainya aku biarkan, aku akan kalah dengannya!
.
.
        Weh bawang! kau actually tak ada life ka? try kau tengok orang-orang dan member-member sekeliling kau. Enjoy ja hidup diorang haishh kau pula? asyik tak ada masa untuk diri kau! memanjang busy dengan kerja kau! terpaksa ke sana sini dengan program-program kau untuk orang! kau ni manusia or robot sebenarnya ni? tak fikir nak enjoy ka?
 .
.
Like you know, robot tu akan bekerja and buat everything untuk orang yang memerlukannya sehingga la sampai satu tahap robot tu akan berhenti bekerja dengan sendirinya if dia kehabisan bateri atau hayatnya. Itulah aku. Maybe, maybe la..aku pun akan jadi seperti sebuah robot yang akan behenti mengerjakan urusan dunia just dengan cara apabila Allah menghentikan nafas aku kat dunia ni. Jadi, mana life seperti yang aku bayangkan, impikan, yang aku nak kejar selama ni? mana?  Mana fun time aku sebagai seorang pemuda or remaja seperti orang-orang lain di sekeliling aku? aku ni pemuda yang tak normal ka?  
.
.
But..itu semua just sekejap ja weh. Sometime aku berfikiran negatif, positive thinking akan datang sedarkan aku. Okay..sepatutnya aku kena bersyukur la kan Allah masih menyedarkan aku and see! Allah mendengar dan mengetahui apa yang aku alami saat aku mengharungi hidup aku. So, apa yang menyedarkan aku, macam selalu, aku akan biarkan diri aku ni be alone sekejap and perlukan masa untuk aku nak tenangkan diri aku ni. 
.
.
Alright, dengan akal yang Allah beri dekat aku ni, aku bantu diri aku ni dengan fikir semula, (nasib baik masih rasa ada akal, ingat ka dah jadi lembu dah kau bawang, ada otak tapi tak ada akal) yes bawang aku tahu sometime kau rasa tak adil untuk kau. Kenapa kau tak seperti orang lain. kenapa kau perlu lakukan perkara yang tengah kau lakukan sekarang ni? (apa yang aku tengah buat, aku rasa korang tak perlu tahu hahah)
.
.
Macam ni lah bawang...senang cerita kau try fikir, asal dalam berjuta-juta manusia, dalam beribu-ribu pemuda and member-member kau yang kau cakap perhh fun gilerr life kau! syoknyaa life korang weih! or untung arhh dapat fun and enjoy hari-hari! why kau tak ditakdirkan hidup seperti diorang? Okay just simple bawang. Ingat, Allah yang pilih kau. Allah yang pilih kau jadi seperti ini dimana kau labelkan diri kau "Robot Dunia". Weyh bawang..kalau kau terfikir kau ni dah jadi 100% "Robot Dunia" di muka bumi ni, kau silap bawang. Kau silap. Kenapa kau silap dalam hal ni? kerana kau yang bina fikiran tu bahawa kau adalah robot dunia. Kau sendiri yang bina fikiran tu dalam diri kau. Kau lupa siapa kau sebenarnya dan kenapa kau diciptakan oleh Allah kat muka bumiNya. Kau samakan diri kau dengan robot disebabkan tanggungjawab kau kepada manusia di sekeliling kau. Adakah disebabkan itu kau samakan diri kau dengan robot? (kelakar laa kau bawang). Kat situ pun dah nampak "Kau buat sesuatu kerana manusia". See? simple?. Sebab tu kalau jadi macam ni, kau jadi kalah, kau jatuh dalam fikiran mainan yang kau cipta sendiri. 
.
.
Fikir balik, Allah pilih kau buat perkara yang kau buat sekarang ini bukan untuk jadikan kau robot dunia yang kau fikirkan tu. Allah pilih kau bawang sebab itu adalah tugas kau. Dia cipta kau dengan tujuan kau abadikan diri kau hanya untuk Allah semata-mata kerana Dia nak sediakan kat kau sesuatu yang indah diakhir nanti. Jadi kalau kau nak keindahan yang Dia sediakan, kau kena kuat bekerja di jalanNya di muka bumi ini. Alhamdulillah aku masih waras. Allah masih jaga aku. 
.
.
Haa..aku akan share kat korang kenapa aku boleh terfikir sampai begitu sekali....
.
.
sambung cerita.....("Ya Allah, maaf mak....abah" *dalam hatinya...) (riak wajahnya telah berubah)

notification 6 panggilan tidak terjawab yang tertera nama "mak" dan 10 mesej daripada "abah" muncul di skrin telefon bawang yang membuatkan bawang rasa kesal dan bersalah dalam dirinya.

      Z         : Haaa kau dah kenapa dengan muka
                   macam tu? (berhenti menghadap
                   laptopnya lalu berpusing ke arah 
                   bawang)
Bawang   : Beb...jahatnya aku sebagai seorang
                    anak..(hanya itu yang terkeluar
                   daripada mulut bawang tidak
                    menjawab soalan Z
     Z          : Asal? (mengambil telefon bawang. 
                   Riak wajah Z mula berubah). Aku dah
                   pernah pesan kat kau kan? Sesibuk
                   mana pun kau, parents kau jangan
                   lupa. Call, mesej aku tak apa la kau
                   main-main, kau buat sambil lewa,
                   but.., mak ayah kau bawang! kau kena
                   ingat.
Bawang : But aku tak sengaja wei,..dan aku tak
                  pernah berniat pun nak biarkan
                  panggilan diorang.
    Z          : Ya memang kau rasa kau tak sengaja.
                   tapi hati  diorang? apa fikir diorang
                   kat kau? Aku tengok benda ni jadi
                   bukan sekali dua beb, tapi sejak
                   kebelakangan ni kerap kau buat
                   macam ni. Yela! asyik sibuk ja kau
                   memanjang. (bebel Z kepada bawang)
                  (sambung Z lagi) besok aku nak, kau
                  telefon parent kau, sekurang-
                  kurangnya apa kau buat, busy kalah
                  menteri tugasan kau tu, bagitau
                  diorang supaya diorang tahu dan
                  diorang faham kerja kau kat sini.
                 Kalau kau tak buat apa yang aku suruh
                 ni....
                ( Z berpaling menghadap laptopnya 
                 kembali)
Bawang : Kalau tak apa? (dengan muka yang 
                  "cuak"menunggu kata-kata Z)
     Z         : Kau tidur luar. jangan harap kalini
                 aku pinjamkan kunci rumah kat kau.
                 Sibuk sangat! (muka bangga dapat
                 mengugut bawang)
Bawang : Ceh! kalini aku takkan lupa la bawa
                  kunci aku sendiri (sambil mencari
                  kuncinya)
     Z         : Elehh sembanglah kau. Dah aku
                  nak sambung kerja aku
Bawang. : Sambunglah kau..tapi.. thanks beb
                   pesanan kau..
     Z          : Small matter beb.. ingat, restu Allah,
                   terletaknya kat restu mak ayah kau.
                   Aku tau kau buat benda baik. Aku
                   sokong kau. Tapi sokongan mak ayah
                   kau lagi power untuk kau kuat. Fuhh!
                   power dak ayat aku! Hahaha
Bawang  : Cishh! Blahh arh kau hahaha ya ya
                   aku ingat (senyum bawang dengar
                   kata-kata kawannya) *dalam hatinya
                   sambil memandang Z berkata, thanks
                   sekali lagi beb)
                   
p/s : Si bawang ni jenis selalu tertinggal kunci dalam bilik bila dia keluar. So si Z ni la selalu jadi penyelamat dia. (bebel-bebel si Z ni pun, kadang-kadang berguna juga dia hahaha)

Selepas habis berbual, masing-masing membuat kerja sendiri. Si bawang masih belum membaca mesej yang dihantar oleh ayahnya. Selepas beberapa minit kemudian, dia menekan applikasi watsapp untuk melihat mesej tersebut, Makin luruh hatinya apabila membaca mesej yang ditujukan kepadanya itu...

Abah   : Along, sihat? along tak rindu abah ka?
              tak rindu mak dan adik-adik ka? along
              ada telefon mak tak lagi? 

(bersambung)............
.
.
So kat sini la bermulanya aku terfikir sampai begitu sekali. Aku menyalahkan apa yang aku buat ni, adalah puncanya aku jauh daripada family aku. Hahaha tapi itu adalah salah diri aku sendiri. Aku tak patut menyalahkan sekeliling aku betul tak? dan ini bukannya alasan untuk aku perlu berfikir sampai tahap tu kan? 
.
.
Haa..korang yang aku kongsikan cerita aku harini, aku nak pesan, jangan jadikan atau mencipta sesuatu alasan untuk kita berhenti buat apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Terutamanya amanah Allah dimana Dia meminta kita memberi manfaat kepada orang lain dalam masa yang sama memperbaiki diri kita.
.
.
Okay, itulah entri aku yang berkait dengan tajuk aku harini iaitu "Robot Dunia" yang aku nak kongsikan dengan korang. Actually, banyak sebenarnya aku nak cerita ni hahaha tapi it's okay tadi aku dah janji dengan korang kan, yang aku akan singkatkan  entri aku harini.  So, semoga apa yang kita buat sekarang ni jadikan hanya semata-mata untuk Allah kerana seandainya korang buat untuk manusia, korang akan jadi seperti aku dimana terjatuh dengan fikiran yang dicipta sendiri yang menyamakan diri kau dengan robot. Bila kau berfikiran seperti ini, serius aku cakap, ia sangat sakit, penat untuk kau teruskan, rasa kalah dengan apa yang kau buat! dan kau rasa kau la orang yang paling tak beruntung di dunia ni. Jangan ok! jangan!. Dan aku harap dengan perkongsian aku harini, akan bantu korang jadi lebih baik daripada aku. Lebih kuat daripada aku. Paling penting! sesibuk mana pun kau, parent kau jangan lupa. Ingat pesan si Z tadi tu kadang-kadang apa yang dia cakap, bagi aku kesedaran dan bermakna untuk aku. (walaupun kata-kata dia perhh! korang sendiri tengok kan! tahan ja aku hahaha). 
.
.
Jumpa lagi korang di entri baru aku nanti In Sha Allah. Lastly thanks korang yang still setia dan membaca entri pelik aku ni hahaha. Haa lagi satu...tunggu erk sambungan cerita aku yang aku akan bawa untuk korang nanti. Apa kesudahan cerita aku dengan family aku.....
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi pendapat korang, salahkah kadang-kadang kita terlintas fikiran seperti ini? Melabelkan diri sebagai "Robot Dunia'' adakah sesuatu yang pelik?





Thursday, 9 May 2019

"Aku, Si Budak Gagal"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ..
Okay Assalammuailaikum guyss. Hai korang...
ada yang masih ingat aku tak? and ada kat sini yang rindu dengan coretan mengarut aku ni? hahah. Alhamdulillah Allah mengerakkan hati aku harini untuk jumpa korang kat sini. Haa untuk korang yang mana tengah rindu aku tu, don't worry aku dah datang ni hahah acah lebih aku (jujur jelah bawang padahal kau yang rindu diorang, rindu tempat lepak kau ni aduhh). Firstly, maaf aku tak tepati janji aku kat korang haritu yang aku akan datang borak dengan korang time semester break aku. Teruk weih dah lama aku tak merepek kat sini. Korang nak tau, aku hampir lupa blog aku ni hahah (k tak lawak guys). Maaf ya guys banyak benda aku kena settlekan sebelum ni weih (maafkan aku ya) serius rasa bersalah aku kat korang still rasa sampai sekarang. Apa-apa pun, yang paling penting aku nak korang sentiasa sihat, always be happy, and apa-apa ja lah asalkan korang berada dalam keadaan yang baik-baik ja erk. Alright! macam selalu first aku nak tanya korang, korang apa khabar? imam korang...ehhh (imam pulak!...) maksud aku IMAN korang macam mana? korang jaga DIA baik-baik tak? aku harap korang jaga DIA baik-baik la alright. Aku percaya korang semua kat sini semua terbaik, hebat-hebat belaka, kan. In Shaa Allah.
.
.
Okay guys..macam selalu aku buat sebelum ni, kalau aku datang ja menyemak kat sini confirm ada something aku akan share dengan korang kan hahah. Harini aku nak share tentang seorang budak ni yang selalu rasa diri dia loser! arhh teruknya aku! apa jela kejayaan yang aku dapat dalam hidup aku? dah gagal, gagal jelah! aku rasa aku dah tak ada harapan... wow! cer korang tengok. Teruk kan budak tu. But korang.....do not judge in a hurry...kau, korang, kita semua tak tahu apa yang dia tengah alami right? kita tak tahu apa yang dia tengah struggle sekarang.. yes other person don't know what he feel if we are not in his space. Maybe korang kat sini pernah or tengah rasa apa yang dialami oleh dia sekarang ini kan haa mana tahu.
.
.
Alright aku faham. Sometimes timbulnya perasaan macam ni kita tak dapat nak elak. Seriously I'm also. I'm always feel like this..yes always, if I do something, and then I did not get the results as I wanted, as I planned yeahh I will feel like this. So untuk korang yang sometimes rasa..

        Ya Allah aku dah gagal, Aku rasa aku dah tak ada peluang untuk aku nak berjaya, I'm lost hope, Aku dah tak boleh teruskan lagi... guys...no! jangan.. I tell you jangan rasa macam tu..
.
.
It's okay you know it's okay...ada hikmah di sebalik tu guys. Don't feel down, don't give up, keep it up, try and try again. Jangan kau rasa sedih. Untuk apa kau nak sedih?. Adakah ia boleh berubah dengan kesedihan kau harini, esok or selama-lamanya? no right? so get up, keep smiling, think positive and set in your mind "focus on now". You still have time. You still have chance. The most important, kau redha, Allah akan bantu kau. Remember this.
.
.
Yes guyss, aku tahu nak redha tu pun kadang bukan senang, bukan mudah untuk kita sebab itu melibatkan satu proses yang kau perlu kuat to do it! yes aku pun kadang tak mampu, lemah. Yes diri aku sangat lemah. Tapi kau perlu ingat, "try". You must try it. sakit? penat? luka? sedih? yeahh memang kau akan rasa. Itulah proses dimana menunjukkan kau cuba untuk bangun iaitu bangun daripada menjadi "Aku, Si Budak Gagal". Tapi kau risau hasilnya? aduhh guys jangan risau akan hasilnya asalkan kau ada usaha untuk mencuba. Lepas kau cuba, serahkan segalanya pada Allah. Alaaa takkan korang lupa, Allah tak tengok hasil kau, tapi Dia tengok usaha kau. Sebab apa tiberr aku ingatkan korang pasal ni, sebab first kita cuba untuk bangun kembali, set dalam diri, "Aku ada Allah", "Aku percaya Allah lihat usaha aku", "Aku ada kekuatan untuk bangun semula atas bantuan Dia". Dia yang menjentik hati untuk aku cuba. Haa sebab tu aku cakap dah usaha, step yang seterusnya tawakal serahkan segalanya pada Allah. Apa yang aku just nak pesan, kalau kita nak buat something tu, jangan mengharapkan sangat semangat kita. Yang paling penting kesungguhan kita. Bukan aku nak cakap semangat tu tak penting. But kalau korang nak tahu, kalau kau just ada semangat, tak ada kesungguhan, semangat kau akan hilang. Jadi kau akan hilang  arah kau untuk capai matlamat kau sekelip mata ja. Tapi guys..kalau kau ada kesungguhan dalam diri kau, percayalah kata aku kau akan terus kejar matlamat kau walaupun slow, slow and slow but kau akan tetap kejar because in yourself kau dah create button kesungguhan dalam diri kau. So kat sini aku nak kasi tahu korang, "kesungguhan first dan semangat kemudian". Kalau kau ada kesungguhan kau tak payah nak risau tentang semangat kau, sebab dia akan muncul sendiri selepas kau ada kesungguhan dalam diri kau. OKAY TAMAT..
.
.
      ehhhh korang ingat dah tamat? sini! sini! sambung balik hahah

.
.
Okay okay la..last! last! daripada aku hahah kata rindu aku merepek kan haa sila baca sehingga bengkak kepala korang (k..k lawak ja). Okay berbalik kepada sambungan aku tadi, untuk yang last pesanan aku ni aku just nak pesan mula langkah korang dengan "Plan right now". You must plan right now. Plan dengan tenang. Apa yang kau nak buat bermula daripada sekarang. Yes memang kadang-kadang kita rasa ni ja peluang yang ada. Dah tak ada peluang bagi kita, kalau kita gagal dalam sesuatu perkara dimana perkara tu hanya sediakan satu peluang untuk kita. (like..kau gagal yang ini, haa sudah! blah arhh kau!). But you must know and believe, the chance still have for you if you plan right now and change right now. Put your hope and believe 100% for Allah. There is nothing impossible for Allah. Yang pasti don't lose your hope. Yes we are plan and but remember, Allah also plans. The most important, please don't blame yourself. Sometimes we need to celebrate ourselves. Try to say, "Congratulation dear self, for your effort''. The last thing, don't compare yourself with other. Tolong jangan. If you do that, it make you far from Allah and also make you far from yourself slowly. Why i say it will make you far from Allah? because you do not believe Him and you not sure for Him and why i say it will make you far from yourself?. You have build a wall that will prevent your efforts from continuing to try, to be sure to continue in yourself. (ok done..aku membebel in inggeris walaupun aku tahu inggeris aku hancur, but confident tu kena penting hahaha mengarut!)
.
.
Give up? kadang-kadang one step backwards bukan bermaksud kita kalah. Cuma kita perlu pandu ke arah yang lain untuk terus ke hadapan. Terpulang pada kita sama ada kita nak backwards kebelakang untuk cari cara lain or kita akan berhenti terus dengan apa yang kita tengah lakukan. In this word, just have 2 choice for us right? haa pandai-pandai la kita memilihnya. Okay tamat daripada aku harini. hahah untuk korang, mana yang layan entries aku harini aku nak ucapkan thanks guys. Kalini aku tak boleh janji dengan korang bila pula aku akan muncul lepak kat sini. (perhhh kalah menteri hahah) doakan aku dipermudahkan segala urusan aku guys kat sini and aku doakan korang jugak semoga dipermudahkan urusan korang yang mana tengah kejar impian, cita-cita like me, let's go! we can do it! In Shaa Allah. 
.
.
Lastly, Alhamdulillah aku dapat share something dengan korang harini. Alright, apa yang aku sampaikan kat korang tadi itulah maksud sebenarnya disebalik entri aku harini "Aku, Si Budak Gagal" dimana menceritakan tentang seseorang yang aku kenal yang mengelarkan diri dia "Aku, Si Budak Gagal". Siapakah dia? jeng...jeng...(sambung next entri aku nanti itupun kalau aku muncul lagi la..haa kalau tak, tunggu lagi la korang tahun depan pulak hahah). Maafkan aku kalau ada salah silap kekurangan dari aku. Doakan aku dapat jumpa and borak dengan korang lagi kat sini okay!
.
.
✏@budakbawang
.
.
So, bagi pendapat korang, adakah kita masih ada peluang untuk tebus kegagalan kita? tak layakkah seandainya the person yang mana rasa "Aku, Si Budak Gagal" ni mengharapkan masih ada peluang lagi untuk dia?







Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...