Friday, 23 March 2018

Maaf Aku Dah Penat!

Assalammuailaikum guyss. Korang apa khabar? rindu korang weih seriously (yang mana tengah rindu cerita aku tu, haa nih aku dah datang..hahah ehh ehh perasan!) maaf korang sejak masuk sem baru aku kat sini, aku sibuk sangat-sangat (busy laa konon Allahu). Lama weih aku tak borak dengan korang. Hari-hari korang macam mana okay? kalau korang nak share something yang happy ka, sad ka or something yang membuat korang bad mood nak give up ka share jelah dengan aku. Aku on ja korang jangan lupa aku dengan korang dah brotherhood!, sisterhood! dah sekarang kan (okok lawak ja erkk) so jangan malu-malu if korang nak semakkan ruangan comment kat bawah tu nak share something pun tak apa aku tak kisah :) if aku ada masa, aku akan balas, kita borak kat bawah tu erk. Inipun aku curi-curi masa sekejap datang menyemak sebelum aku nak midsem tak lama lagi (doakan aku ya korang) disebabkan nak berborak dengan korang kat sini. Ok disebabkan aku dah lama tak berborak dengan korang jom aku nak hadiahkan satu entri pasal "Maaf Aku Dah Penat!". Apa tu? aneh betul tajuk kau bawang! dah penat, pergi jelah rehat or tidur jelah apasal cerita kat sini hmm..Okay, kalau korang nak tahu ada maksud tersirat aku cuba sampaikan melalui tajuk aku kalini. Aku harap korang tak bosan la ya baca budak bawang punya entri yang menjengkelkan ni.
.
.
Okay apa yang aku nak sharekan ni berkaitan dengan apa yang aku lalui dulu dan sekarang dalam perjalanan aku yang boleh dijadikan pengajaran kat korang sebab maybe korang pun pernah alami or tengah alami sekarang. Sampai sometimes terlintas dalam hati aku, dalam otak aku macam-macam la kalau korang nak tahu. Apa yang terkeluar dalam hati, otak aku ni? okay ini la yang korang nak tahu tu "Maaf aku dah Penat!". Serius korang...akan sampai satu masa, korang rasa dah penat! dah tak mampu! nak teruskan apa yang korang buat, apa yang korang kejarkan selama ni. Belajar?, impian korang? and so on weih. Kalau korang nak tahu, aku pernah alami situasi dimana aku pernah jatuh teruk sangat. (yess! it's true guyss). Korang bayangkanlah aku jatuh and down di tempat dimana tanpa seorang pun orang tersayang di sekeliling kau dan orang-orang yang selama ini yang beri kau motivate dalam kehidupan kau. Yes! orang-orang tu adalah your parents, your best friend yang kenal kau, yang kenal perangai baik buruk kau, yang tahu kelemahan kekuatan kau and yang sabar banyak untuk keluarkan kau dalam kehidupan buruk kau selama ini.(imagine, imagine okay). Ya Allah besar! besar weih untuk aku. Bila aku ada masalah, aku rasa macam nak lari sejauh mungkin daripada masalah tu sebab aku dah penat berfikir and sampai satu masa tu, aku dah penat dengan jalan dakwah ni (seriuss guys aku pernah terfikir macam tu)                                               
  Ya Allah! apa semua ni, apa yang kau berikan kepada aku ni? kenapa aku? kenapa kau penatkan otak aku? kenapa kau penatkan kehidupan aku dengan Kau turunkan pelbagai masalah dalam setiap urusan yang aku lakukan? kenapa Ya Allah! kenapa? aku perlu rehat Ya Allah. sangat-sangat perlukan. 
.
.
Kalau korang nak tahu, seminggu, dua minggu juga aku ambil keputusan untuk jauhkan diri aku dengan orang sekeliling aku. usrah? hmm selama dua minggu tu juga aku tak pergi guys. Take noted beb! *penat mental lebih teruk guyss berbanding kita penat fizikal. Hidup aku kat sini berserabut weih tak teratur langsung(haha nampak sangat tak tu mana pergi life aku. haishh teruk betul hidup kau bawang!). Melangkah and terus melangkah menjalani kehidupan buruk aku kat sini dengan pelbagai masalah aku hadapi tanpa aku luah sikit pun kat parents aku and kawan-kawan aku kat sana tak macam dulu weih, kalau aku ada masalah diorang akan tahu walaupun aku tak bagi tahu diorang. (yelaa tengok ja muka hodoh aku yang masam, kusut masai macam ni gerenti laa diorang tahu!) and now? dah jauh daripada diorang pandai-pandai kau la bawang kan! ok fine it's okay nak taknak kau sendiri bawang yang perlu bantu diri kau.  Yeahh sampai satu tahap aku berjaya lalui hari-hari buruk aku dengan gahnya weih berjaya yes Alhamdulillah berjaya. How bawang how kau buat? 
okay dengan cara aku ingat semula..
.
.
  Bawang, kau pernah katakan kau pernah terdetik yang kau penat dengan semua yang kau buat termasuk kau dah penat dengan jalan dakwah ni kan?kan?haa nah ambil dan hadam betul bawang!
.
.
Ingat balik bawang, Allah dah berfirman :
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir" (Qs Yusof : 87).
Haa nampak tak kat situ bawang! kau nak termasuk dalam golongan yang berputus asa tu ka? paling teruk kau pernah cakap kau dah penat dengan jalan dakwah! Ya Allah Istighfar bawang! Istighfar! sanggup kau cakap macam tu? Ya Allah, kau patut bersyukur bawang, kau dipilih Allah untuk berada di jalanNya, untuk bantu kawan-kawan kau, bantu anak-anak muda seperti kau yang masih terlena dengan dunia sekarang. Allah gerakkan hati kau, takkan kau nak biarkan ja? ingat balik kalau bukan aku, siapa lagi? so nak bantu diorang, kau kena bantu diri kau dulu dengan cara "Penat" yang kau alami tu, kau sandarkan 100% dengan letakkan kepercayaan kepada Allah yang kau penat sekarang ini In Shaa Allah kau akan dapat ganjarannya di akhir nanti dengan kepenatan yang kau alami. Kau penat dengan pelajaran kau? kau percaya jelah di akhir nanti kau akan cemerlang dalam pelajaran kau. Kau penat dengan jalan dakwah? you must believe! kau akan dapat sesuatu yang besar Allah sediakan untuk kau di akhir nanti, bukan untuk kau ja, untuk family kau, sahabat-sahabat kau and orang-orang yang kau sayang disekeliling kau. Besar tu bawang ganjaran diatas penat kau. Okay faham? and then dalam masa pemulihan aku untuk aku motivate diri aku sendiri alone weih alone, entahlah Allah dengar doa aku apabila time tu jugak tiba-tiba member-member aku yang aku label diorang nih "sahabat" sebenar aku telefon aku mesej aku..

    kau okay ka weyhh?! apasal kami kat sini rasa something bad yang jadi kat kau? cerita la weih, kami ok ja nih akan dengar semua masalah kau kat sana. Kau dah janji kan, apa yang jadi kat kau kat sana, kau akan cerita kat kami? (alamak dengar soalan bertubi-tubi daripada diorang, tunggu lagi aku apa lagi Alhamdulillah ada tempat aku luahkan selepas aku luahkan dekat Allah) thanks beb..aku tak tahu nak cakap apa kat korang. Yang pasti i'm promise beb kat korang aku takkan selemah ini dah. So dari situ aku kembali pulihkan penyakit "penat" aku tu and aku tanamkan kata-kata dalam diri aku "kalau kau penat, berhenti berehat sebentar. Bukan terus berhenti". 
.
.
Okay korang dah tahu kan apa yang aku nak sampaikan kat korang mengenai tajuk aku kalini. Aku tahu, bukan aku sorang ja yang mengalami situasi macam ini because bukan aku sorang sahaja kan yang hidup kat dunia ni, aku pasti and know korang pun pernah mengalami or tengah mengalami situasi macam aku sekarang ni kan? tak ada sesiapa pun yang tak penat weih dengan pelbagai cubaan, or cabaran dalam kehidupan seharian dia kan? (Lainlahh dia ada power like superman or superwoman ka kann hahah sorry tak lawak~~') by the way korang kena tahu diorang pun ada kelemahan juga weih not always they are powerful kan. Alaa.. korang pun boleh laa nak power pun, power dengan cara korang okay SOLAT KENA POWER! kalau solat lemah habislah korang! motivate dalam diri korang tu jangan lupa powerkan juga! positive thinking kena power untuk fight negative thinking tu okay? understand? satu ja aku nak pesan kat korang, yang mana tengah istiqomah di jalan dakwah sekarang nih, kau kena ingat kalau kau cakap kau dah penat di jalan dakwah macam yang aku pernah alami dahulu, kau perlu tahu kita yang memerlukan dakwah ni! kita yang perlu mencari agama Allah ini (Islam), kerana agama suci Allah ni tak memerlukan kau pun, tanpa kau ia masih berjalan and akan terus berjalan. Kalau kau nak tahu, kita ni ibarat berada dalam gerabak tau tak? gerabak tu akan terus berjalan, sampai satu tahap ia terpulang kepada kau sama ada kau akan berhenti dan turun daripada gerabak tersebut or kau akan terus berada di dalam gerabak tersebut meneruskan perjalanan sehingga ke akhir perhentian gerabak tersebut :).
.
.
Okay guys cakap pasal penat, aku dah penat menulis nih. Izinkan aku berhenti ya sekarang hahah. Aku tahu korang pun dah penat baca kan? okay! okay rest erkk nanti entri aku pula yang dituduh memenatkan otak and hari korang haha(just joke). So kalau ada apa-apa yang korang nak sharekan boleh ja dialu-alukan. Aku sedia dengar cerita korang. Kena adil la kan asyik korang ja yang dengar aku punya story aku pun nak juga dengar good or bad story korang. Alright jumpa lagi ya korang In Shaa Allah kita jumpa lagi time midsem break aku don't worry if i'm not busy aku datang berborak dengan korang lagi. Haa sebelum tu ingat pesan aku kat atas tadi tu jadi cerita aku tu sebagai pengajaran kenapa korang tak perlu berhenti kalau korang penat dengan apa kebaikan yang  korang buat sekarang ni, if ia membawa kebaikan untuk korang, and everyone di sekeliling korang go on! tapi kalau sebaliknya, berhentilah dan mula dengan kehidupan yang baru okay! yang lebih baik lagi! korang jangan jadi lemah macam aku si bawang nih! I'm believe you all can do it! boleh buat lebih baik daripada cerita aku ni.
.
.
✏@budakbawang
.
.
Alright "Maaf Aku dah Penat" ni bukan bermakna kau akan rasa kau dah cukup rehat sekiranya kau berhenti dengan apa yang kau buat sekarang because dengan kau berhenti melaksanakan benda wajib yang diamanah kat kau, kau akan dianggap pengecut kerana kau lari daripada tanggungjawab kau! so hadapi dengan kuat dan sabar sehingga akhir kerana.....kau akan mendapat dua kali ganda kemanisan dalam hidup kau atas "kepenatan" yang kau alami sekarang di akhir nanti dengan bantuan Allah kerana "اللَّهُ الصَّمَدُ" Allah adalah tempat pergantungan bagi segala sesuatu. So tak mustahil korang tak percaya kan. Apa-apa pun aku doakan hari-hari korang ya semoga dipermudahkan urusan korang. Korang pun doakan aku juga erkk kat sini yang jauh nun daripada family aku sedih weih sedih but it's okay sampai bila nak jadi anak mak anak abah hahaha. Selamat tinggal korang Assalammuailaikum
.
.
So bagi pendapat korang, salahkah kalau sometimes kita rasa down and betul-betul nak berehat dengan apa yang kita buat? Betulkah kita akan dianggap pengecut kalau kita berhenti untuk melakukan sesuatu yang sometimes kita rasa kita tak mampu?

Backspace

... : Andai suatu hari nanti aku tak berada dalam situasi yang positif, I feel give up in my life, I want to stop for what I do right now...